بسم الله الرحمن الرحيم
Malta tolak jet Aisha Gadhafi & Lebanon pula larang jet Hannibal Gadhafi mendarat
Malta telah menolak pendaratan sebuah kapalterbang dari Libya Airlines yg dikatakan membawa Puteri Aisya Gaddafi pada 23/2 kelmarin. Pesawat itu berputar putar selama 20 minit diruang udara Bandar antarabangsa Malta sebelum kembali semula ke Libya sepertimana lapuran dari Reuters.
Manakala itu beberapa pemimpin dunia mula mengutuk kekejaman Gaddafi dan termasuklah Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy, Presiden Peru serta Chancellor German Angela Merkel menyeru mengenakan tindakan terhadap Libya kerana membunuh rakyat sendiri.
Sementara itu kerajaan Lebanon pula juga telah menolak dari memberi keizinan kepada sebuah pesawat peribadi putera Muammar Gaddafi mendarat dilapangan Negara itu. Kapalterbang itu membawa isteri Hannibal Gaddafi untuk kembali ke nagara asal nya Lebanon. Difahamkan beberapa orang anggota keluarga Gaddafi turut bersama dalam pesawat itu.
Beirut menolak hasrat Tripoli itu kerana pihak berkuasa nya takmahu menyatakan butir butir terperinci berkenaan dengan penumpang dan barangan yg dibawa pesawat itu. "Lebanon menolak permintaan tersebut," kata pejabat itu tanpa memberikan penjelasan lanjut.
Keluarga Gaddafi tidak dialu alukan untuk ke Lebanon setelah kes hilangnya secara misteri ulama terkemuka Syiah Imam Mousa al-Sadr. Pada tahun 2008, pemerintah Beirut mengeluarkan surat perintah penangkapan untuk Gaddafi atas hilangnya Sadr. - sentiasa
Note: Kalau jadi kat Malaysia ni hanya satu negara jer yang benarkan Najib dengan bik mama mendarat dilapangan terbang mereka.. Monggolia... Ada berani ka...? Kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
mongolia? mulut boya duk nganga nak sambut orang mendarat..kah kah kah
azwan. monggol mmg dah lama dan sentiasa menanti kedatangan najib dan rosmah.. wakakakakak
mendaarat kat malaysia je le keluarga gadafi..lagi pun harta amat banyak di asia tenggara ni...mana tau kat malaysia yang paling banyak..paling selamat...
Post a Comment