Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, February 21, 2011

MENANG DI UM, TUMBANG DI UPM BERDEMO DI UKM

بسم الله الرحمن الرحيم

Laporan Pilihanraya Kampus: Pro-M Menang Di UM, Tumbang Di UPM Berdemo Di UKM



Pro-M menang di UM

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini. Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti. Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti. Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti. Keputusan diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini. Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.

UPM: Pro-M tumbang

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa. Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan. Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan. Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi. -mk

Gagal isytihar kelayakan calon Pro-A, Pro-M UKM berdemo

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus di lima buah universiti masih berlangsung hari ini dengan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan Pro-Aspirasi (Pro-A) masing-masing bersaing sengit dalam merebut jawatan yang dipertandingkan. Antara universiti itu termasuklah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Namun menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima FMT lewat petang ini mengatakan mahasiswa Pro-Mahasiswa UKM akan mengadakan demonstrasi dihadapan Pusat Penjumlahan Undi universiti terbabit. SMS yang diterima daripada Ahli Majlis Tertinggi Pro-M UKM, Hilman Idham menyatakan demonstrasi itu akan diadakan jam 8 malam ketika penjumlahan undi diadakan. Demonstrasi itu berikutan bantahan bertulis pihak Pro-M UKM berhubung kelayakan calon Pro -A bagi kerusi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pagi tadi.

Menurut jurucakap Pro-M, Faiz Ismail ketika dihubungi FMT berkata calon Pro-A Nur Elfarra Mohammad didakwa tidak layak bertanding ekoran gagal menghadiri bengkel kursus yang diwajibkan pihak unversiti. Namun setelah perjumpaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP Musa Zainal Abidin kira-kira jam 12 tengah hari tadi menemui jalan buntu. Menurut Faiz, pihaknya mendesak agar pencalonan calon Pro-A digugurkan, namun Musa mahu Pro-M menampilkan bukti berhubung dakwaan mereka mengenai Elfarra.

“Pihak Jawatankuasa Pelaksana terima bantahan bertulis itu dan mahu kami kemukakan bukti. Kami tampilkan dua saksi yang merupakan pelajar dari Fakulti Perniagaan yang mengenali Elfarra.

“Bukti utamanya adalah senarai calon yang hadir ke bengkel itu yang bukan ditokok tambah. Maka kami desak agar Musa memberi kerjasama dengan menyerahkan senarai itu, tapi beliau enggan kerana itu untuk rujukan beliau semata-mata,” katanya yang dihubungi FMT.

Bersikap ‘berat sebelah’

Faiz yang juga pelajar tahun akhir Fakullti Pendidikan mendakwa Musa yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan tidak sepatutnya bersikap ‘berat sebelah’.

“Bukti utama ada ditangan Musa…..beliau sepatutnya tidak berat sebelah dalam hal ini. Beliau patut beri kerjasama bagi bukti. Namun beliau enggan kerana beliau kata itu hak dia. Kami tanya staf UKM lain, mereka kata hanya Musa yang ada maklumat tersebut,” dakwa Faiz.

Faiz berkata akan berlaku kejutan pada malam ini, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. Malah pihak calon daripada Pro-M bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan seperti mengambil tindakan undang-undang. Sementara itu, Musa gagal dihubungi FMT bagi ulasan lanjut berhubung perkara ini. -FMT

- greenboc



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

aliza said...

hie.. teringat kisah zaman kampus.. zaman mengundi.. zaman dengar orang berapi2 berceramah.. dulu parti atma.. mahasiswa bersatu.. ntah apa2 lak.. lupa plak akak.. bessnya UKM.. rindu laa...