Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, February 25, 2011

KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hujan lebat di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air akibat air melimpah dari beberapa batang sungai antaranya Sungai Gombak dan Sungai Bonus.

Berikutan banjir kilat setinggi kira-kira 0.7 meter itu, banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara.

Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata antara jalan yang terjejas ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Pusrawi menghala ke Cheras.

Ekoran itu, kenderaan ringan tidak boleh melalui jalan tersebut namun kenderaan yang menghala ke arah Bulatan Pahang masih boleh dilalui di jalan tersebut.

Jalan-jalan lain yang dinaiki air ialah Jalan Ampang di hadapan Bangunan Risda dan Jalan Semarak.

Selain itu, katanya 13 buah rumah dimasuki air iaitu 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P.Ramlee, Setapak.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata pihaknya menerima laporan air naik di Jalan Tun Razak dan telah menghantar tiga anggotanya untuk meninjau keadaan di sekitar Kampung Baru sebelum menghantar sebarang bantuan.

Dalam pada itu, seramai 40 orang, termasuk 16 kanak-kanak, terperangkap hampir 15 minit di kawasan Kolej Multimedia di Jalan Gurney Kiri di sini apabila dinaiki air sedalam tiga meter.

Ketua Balai Bomba Jelatek Isa Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.18 petang tadi seramai 23 wanita dan seorang lelaki, yang merupakan pelajar di pusat latihan dua tingkat itu terperangkap di tingkat satu bangunan berkenaan.

“Manakala seramai 16 kanak-kanak berumur antara 16 bulan hingga empat tahun pula terperangkap di sebuah pusat asuhan berhampiran bangunan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka telah dapat dikeluarkan oleh 25 anggota dari Balai Bomba Jelatek, Chow Kit dan Jinjang.

Beliau juga berkata 50 buah kereta di kawasan sekitar bangunan itu turut ditenggelami air. — Bernama



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

aliza said...

hie.. dengar tentang bencana alam yg berkali222222 kart kl nie drp abby tv3 sblom akak p sekolah pg tadi.. kesian dan simpati kat yg mengalaminya.. smoga manusia x rakus membuang sampah ke dlm sungai lagi ...

Dafinullah said...

dekat dgn rumah sya.. MasyaAllah...

ainhany said...

oo ptutla balik semalam jem..mula ingt xcden je...apapun itulah laluan saya..ampang - damansara..:)
semuga dipermudahkan dengn bjaksana !

ain revival said...

sistem pengairan yang tak efektif la menyebabkan banjir berlaku kat kl..
alahai~

Nerzhul said...

sibuk buat bangunan tinggi²...parit dalam² taknak buat...

garagaikareng said...

Itu tanda amaran dari Allah, jgnlah kita sombong dan takabur, hari ini ramai yg bercakap ikut nafsu, tanpa memikirkan betul atau salah, mereka berkata ini hanyalah bencana alam, tak mau melihat dari sudut agama, pada hal telah jelas dinyatakan "berlaku kerosakkan dilaut dan darat disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri".ini baru sedikit, sebelum tiba bala' yg lebih besar, kembalilah kepangkal jalan, iaitu "mengabdikan diri kpd Allah"
Beristighfar & bertaubatlah sebelum ajal tiba.

perjalanan pulang said...

semalam aku lari keluar KL cepat cepat...alhamdulillah selamat