Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, February 26, 2011

KEMAL ATARTUK MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم



Selepas mengejutkan umat Islam dengan meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan di makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk [Makam Kemal Ataturk], Najib sekali lagi mengejutkan kita apabila dilaporkan membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Di bawah ini screenshot ucapan najib di Turki yang dilaporkan oleh National Review. Najib bukan sahaja menghina Ulama Besar itu, malah dilihat bangga dengan pujian dari setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton yang memuji Malaysia sebagai “modern, progressive, and moderate” [National Review]


Klik pada image untuk besarkan

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dilihat jelas sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demonstrasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?

Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah ada ulama baru untuk menjadi rujukan kerana Ulama Besar seperti Yusuf Qaradhawi sudah ditolak. - milosuam


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

lelakiJAHAT said...

tu dia......siap cheers lagi....thumbs up najib....hahaha..
itu pM yg disokong rakyat

Aq Hamba said...

ishh...najib ni memg melampau...macam ilmu die tinggi sangat nak komen pasal Qaradhawi..>:P yg die bawak perkara2 maksiat kat Malaysia ni xnak fikir pulak...tu gambar kat atas tu rasenye dah cukup nak kenal siape najib ni...'makam' kamal atartuk laknatullah tu pun die boleh pi lawat lagi,haishhh najib ni 'bijak' btingkat2...>:P

p/s: kpada pyokong2 umno,haaa,sokong la lagi org yg bakal bawak kemusnahan dekat Malaysia ni...sokong smpai rebah....

garagaikareng said...

Sahabat semua, pencacai UMNO memang suka semua benda tu, penasihat depa pun kita dah tau dah, sapa, kalau bukan APCO & ularmak muda. mungkin ularmak muda depa lebih hebat dari Yusuf Qaradawi, kalau benar bagai yg dilapurkan, aku berharap Allah melaknat mamat tu.