Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, December 29, 2010

PEMUDA UMNO CABAR PEMUDA PAS BERDEBAT

بسم الله الرحمن الرحيم



IPOH, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Larut mahu Pemuda Umno bahagian itu mengotakan janji dan tidak berdolak dalik berhubung penyertaan mereka dalam forum 'Islam dan Melayu' yang dijadual 1 Januari ini.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin (gambar) berkata, pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat itu.

"Asalnya akan dibuat di Dewan Padang Astaka, Batu Kurau yang ditetapkan sendiri oleh pemuda Umno, tapi kemudiannya dia bagitahu dewan tak dapat.

"Tak cukup dengan itu, kita dah buat hebahan, kain rentang semua, tiba-tiba semua kena cabut atas arahan dapat amaran pihak polis.

"Kita tidak tahu kenapa, sedangkan kita dapat kelulusan gantung banner dari Majlis Perbandaran Taiping," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, kepada Harakahdaily.

Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'.

Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Akmal turut memaklumkan, beliau mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut.

"Apapun alasan, kita nak pemuda Umno jangan berdolak dalik, kotakan janji anda kerana anda yang mencabar debat ini,"katanya mengharap.

Ekoran masalah tempat yang berlaku, Pemuda PAS Perak katanya telah mencari tempat alternatif baru iaitu di Dewan Majlis Bandar Selama.

Selain permit bagi mengadakan program itu telah dipohon, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis bagi memberi jaminan keselamatan kepada pihak keselamatan itu.

Debat itu akan mempertemukan Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din dan Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Arifin.

Manakala Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.

Pada 26 Disember lalu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut membuat program sama dengan tajuk Polemik Ketuanan Melayu.

Forum yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Ahmad Sabky Yusof, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd Rahman dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu & Bumiputra (MPM), Dr Hasan Mad.

Bagaimanapun hasrat untuk bersama pemuda Umno membincangkan perkara itu tidak tercapai apabila majlis tertinggi Umno didakwa tidak membenarkan mereka menyertainya. - Harakahdaily

Note: Ada ke pemimpin atau perseorangan umno yg berani berdebat secara live? Kah..kah..kah..kah... Ada pernah sedikit masa dulu, blogger umno mencabar blogger PR berdebat. Bila Blogger PR dah sanggup dan suruh puak-puak mereka ni tetapkan masa, tempat dan isu apa, buah blogger umno semua jadi jeruk. Akhirnya blogger-blogger umno ni ajak berdebat di Yahoo Messenger je...Takut mulut berbuih agaknya...Kah..kah..kah..kah... Ini saja ke makhluk yang tinggal dalam umno? . Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

Anonymous said...

salam,

takut ler tu

DEMI KELANSUNGAN KETUANAN MELAYU

MOH KEMBARA said...

Salam, bapa kali diorang cabut lari dari debat daa.

STANZA ALAM said...

APCO memang suka berdolak dalik macam nenek moyang mereka yang diceritakan Allah dalam al-Qur'an .... siapa yang dapatkan nasihat APCO begitulah jadinya ....

Kamal Sanusi said...

Islam pun dah kata bangsa Yahudi ni memang dajjal besaq. Hitler pun dok bonoh org Yahudi.

Sbb tu, dgn nasihat Yahudi yg dah pegang teloq pemuda um-NO, maka jgn dok mimpi mereka berani berdebat.

Strategi mereka mudah saja... Setuju pada awalnya, lepas tu kansel. Ini kira sabotaj utk merugikan banner2 yg dibuat, Kena plak polis bagi amaran, apa hal....

Anonymous said...

pemuda sembang ja lebih time election depa la kalot ada mashukkkkkkkkk,debat ni dari zaman mahfuz ketua pemuda lagi depa tak berni

E.y.n.a said...

ade je alasan depa (AMNO)
khrkhrkhr -.-

Anonymous said...

39897.....99410

Anonymous said...

60729.....61641