Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, December 26, 2010

TAYAR KERETA PEMANCING LENYEK BAYI

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaki pancing menangis teresak-esak kerana melenyek bayi yang disangka sampah



KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. -hmetro-

Note: Namun begitu mata pelajaran seks tetap akan dilaksanakan untuk murid seawal tahun satu oleh kerajaan yang perihatin bermulanya januari 2011 ini.



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

puteri said...

biasanya yang bersedih adalah orang luar. yang melakukan? bila mau insaf?

zina kononnya bukti tanda cinta
habis tu benih bunga2 cinta tu?
tanda apa pula?
kalau dah kata tanda cinta,
jaga lah.
tak pun hantar ke pusat kebajikan.

puteri said...

berapa ramai yang nak anak tak dapat

dan berapa ramai yang nak ambil anak angkat tak dapat

nadiahhazirah said...

lolz..huisy skung pmbuangan bayi da mcm kertas kosong yg berterbangan,,huhu,, kcian baby2 tuh,, ta bersalah pon dyowng tuh,,DA cmfrm2 diowang tuh cam kain putih,, astaghfirullahalazim.. moga ALLAH mngampunkan dosa2 kita semua.. AMINN..

Mizz Dayana said...

pembuangan bayi masih berleluasa dan semakin berleluasa. sedih bila banyak kejadian macam ni jadi.... :(

Malaysia Post said...

salam perkenalan....sy telah linkan blog anda di blog sy. sy harap anda dapat linkan blog sy di blog anda..

http://malaydelima.blogspot.com/

sama2 kita berjuang...

nurayunni said...

nape la jadi mcm nie...

Anonymous said...

serius gile la zaman la ni. tapi bagi sex education hanya akan burukkan lagi keadaan. lagi mereka tahu, lagi mereka nak cuba. paling senang ialah asingkan laki pompuan. tu je. then ajar akhlak...