Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 28, 2010

KHUSRIN YANG SENGAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran



GOMBAK, 27 Dis: Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.

Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.

(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)

Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad kerana cadangan perlantikan Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.



Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais)m akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Menjadi satu amalan biasa bagi mana-mana surau khasnya di negeri untuk menjemput para penceramah yang dianggap mengetahui hal ehwal agama untuk memberikan tazkirah di surau mereka.

Tazkirah biasanya diberikan selepas sembahyang Maghrib sambil menunggu waktu Isyak tiba iaitu kira-kira 30 hingga 45 minit.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS telah memberikan tazkirah di surau itu pada 22 November lalu dan kira-kira sebulan selepas itu jawatankuasa surau melalui pengerusinya menerima amaran ini.

Sebelum ini, ketika majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Khusrin (gambar) dalam ucapannya telah memberikan amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak menukar balik AJK Masjid yang dipilih oleh ahli kariah jika mereka tidak mematuhi arahan pihaknya.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi. - Harakahdaily

Note: Kipas la bik mama tu kusrin... untung-untung jadi menteri.. kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

Anonymous said...

bila agama jdi hak parti mcm ni ler berat sebelah beb

MBMMBI

hari kiamat said...

payoh weiii...kalu puak be-end semua ada tauliah...padahal jahil pun bab2 agama ni...nak dengar ore bagi tazkirah pun payah!kalu puok2 dio semua buleh...baso jahil!

Anonymous said...

jgan nak tuding jari je..awk 2 pon bkan perfect sgt nak cakap org...awk xde kat tmpat dia so jgn cakap bnyak.diri sendiri pon xterurus nak cakap org len..dia terpaksa wat sbb itu dah tugas dia..bkn smua org suka pe kita wat...tp bagi sya baik org xsuka drpada kita xwat pe yg spatutnya kita wat..nnti di akhirat kna tnya lak..bkan sbb berat seblah ke ape...nak bg tazkirah boleh tp klu da suh mek tauliah amik jelah..t bila terpesong agama slah bg tazkirah marahkan pihak agma la xwat tindakan...

UMNO bangang said...

Salam.. betul tu anon 10:32 AM. Nanti di akhirat kena tanya tu. Mungkin Allah juga akan tanya kenapa faham tentang agama tapi sanggup menjadi hamba kepada umno.

Tauliah...? ha..ha..ha.. Para sahabat dan para ulama sebelum ada syarat tauliah ni dulu mesti x boleh dipercayai kan.. sbb kereka xder tauliah.. ha ha ha...

Aku takut Allah murka said...

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan"

Secularism punya ayat. Patutnya jawatan dia tu disandang oleh individu seperti Ustaz Abdul Hadi. Kepada MAIS team: hati2 sikit dalam berkata2. Bukankah Allah dan RasulNya sepatutnya sentiasa berada diatas pada setiap kata2 kamu?

Anonymous said...

para sahabat & para ulama kita xboleh pertikaikannya.dulu mereka btul2 wat kerna Allah tp skunk wlupun ada klulusan pHd agma or wtever tp klu da cm2 xleh nak ckp pe la. skunk ni pon org ngn suka ski pggil org ngn pktaan yg truk(sengal la, bangang la) tnpa perasaan berslh.zmn shbt wlpon mreka truk dseksa mreka still de prasaan lg. kita xleh tgk org dr luaran n perwatakan baik je sbb kita xtaw isi hti depa.bkn smua org umno 2 truk.tgk dri sndiri dlu sblm kita nk pertikai kan keje org len sdg kn keje kite pon bkn 100% btul2 wat keje kite. klu tkut Allah murka xpyh ckp yg leh mnykitkan ati org.nk ckp xtaw,sy rase dah sedia taw siap bg nsihat tp kate2 dri sndiri....errmmm..