Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, December 5, 2010

NI BARU BETUL RAKYAT DIDAHULUKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelantan sedia RM300,000 biaya 100 pasangan pengantin



JELI: Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membiayai 100 pasangan pengantin miskin yang ingin berkahwin di bawah Program Perkahwinan Perdana yang akan dilancarkan Sabtu depan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata ia sebahagian daripada RM1.5 juta yang disediakan kerajaan negeri di bawah program itu yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru sebagai usaha menangani kadar perceraian yang agak tinggi di negeri ini setiap tahun.

“Bantuan itu merangkumi pembiayaan hantaran bagi pihak lelaki bernilai RM1,000, tidak termasuk sumbangan lain seperti pembiayaan majlis kenduri, persiapan tempat dan peralatan pasangan pengantin,” katanya ketika ditemui di majlis Forum Keluarga Rasulullah di Masjid Mukim Jeli, di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, antara pengisian program itu ialah siri ceramah, majlis ilmu dan motivasi yang berasaskan pendidikan kekeluargaan bahagia atau “mawaddah” yang bertujuan mewujudkan institusi keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Tanpa menyebut jumlah sebenar pasangan umat Islam yang terbabit dalam kes perceraian di negeri ini, beliau berkata Kelantan menduduki tangga ke lima atau ke enam berbanding negeri lain.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata urusetia jawatankuasa itu juga sedang menyiapkan kertas kaji selidik atau senarai semakan bagi mengenal pasti masalah dan punca keruntuhan rumah tangga.

“Kertas kaji selidik atau senarai semak ini lebih kepada berasaskan konsep muhasabah diri di kalangan keluarga di seluruh negeri bagi mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah setiap keluarga,” katanya. – BERNAMA

………………………………………………..

yang bantu rakyat macam ni namanya slogan
RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

yang 1 malaysia dok melalak sana sini tu penipu je.bohong rakyat semata-mata..slogan je yang ok , bila sampai perlaksanaan, rakyat akan dibebankan oleh depa.. depa tak pikir pasal rakyat dah, yang mereka dahulukan dan utamakan isi perut depa dahulu… nasib rakyat jelata jawabnya bebananlah yang mereka tanggung… sana naik sini naik,semua naik (BN Barang Naik) . gerombolan ni tak pikir dah pasal pencapaian kerana depa dah berjaya tipu rakyat dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan… yang paling bodoh sekali yang undi puak gerombolan dalam pilihanraya…mampuihhh - pinkturtle2


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

Cik Tulip said...

like banyak2.... ~~

Muslimah Optimis said...

salam singgah lagi..bestkan kalo kawen orang sponsor...

PUPPETS said...

just jokes... tak tau ler ape reaksi Rosmah kalu banner yg tertulis 'majlis khatan perdana atau majlis perkahwinan perdana' tertera perkataan tambahan "majlis khatan perdana menteri" atau "majlis perkahwinan perdana menteri" heeeeee

Mak Jemah said...

like! like! like!

tuyuk said...

Nik Aziz Best Ever!

Dkna Abza said...

semoga Tuhan pjgkan usia tok guru

Anonymous said...

terusik hati tengok Tuan guru makan kat kedai mcm tu.. pemimpin umno kalau bukan kat restoren 9 bintang xnak makan dia.