بسم الله الرحمن الرحيم
Terbongkar: SYABAS Guna Aset Kerajaan S'ngor Bernilai RM10.9 Billion Secara Percuma
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin , lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.
Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.
Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.
Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.
Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.
"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.
"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.
Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.
Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.
Note: Kah..kah..kah..kah.. memang ramai pencopet di selangor ni kan? kah..kah..kah..kah..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment