Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, December 6, 2010

DIDIE ALIAS TAK KISAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Didie Alias Tak Kisah Pendapat Orang

PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengakui tidak pernah mengambil peduli tanggapan orang ramai terhadap imej dan penampilan barunya yang lebih seksi dan berani.

Jelas Didie, apa juga yang cuba ditampilkan melalui fesyen tersebut adalah dari dalam dirinya sendiri dan bukan sekadar ikut-ikutan.

“Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap, saya hanya jadi diri saya yang sebenar. Apa yang saya cuba sampaikan ialah sebagai selebriti kita perlu ketengahkan fesyen.

“Saya berfesyen begini juga seiring dengan konsep program televisyen yang sedang saya kendalikan berjudul Kalau Berani 1 vs 0. Apa juga cakap orang, itu adalah hak mereka dan kita tidak boleh untuk tutup mulut mereka,” ujarnya.

Tambah Didie, industri hiburan tanah air kini sedang mundur dari segi fesyen, ramai artis masih tidak berani untuk mengayakan pelbagai fesyen.

“Saya mahu jadi ikon fesyen, bagi saya tidak salah kalau kita ingin bergaya bagi memberi pembaharuan kepada industri hiburan tanah air.

“Jika mereka kata saya semakin seksi, bagi saya dari dulu memang saya begini. Pada saya apa yang saya pakai bukan seksi tetapi lebih berani dengan rekaan yang agak pelik,” ujarnya.

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini mengakui usia bukan penghalang baginya untuk bergaya, namun begitu dia masih mengetahui batasan sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya tahu ke mana saya ingin bergaya seperti ini. Tidak semua tempat dan majlis saya berpakaian seperti ini.

“Saya bersyukur anak-anak dan suami saya sangat memahami. Malah mereka juga ada memberi idea sedikit sebanyak tentang penampilan saya,” katanya.

Note: Mufti di malaysia dan fathul bari pun tak kisah jugak.. Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

Asma said...

Saya takmo nengok mak saya pakai camni.. Malu la...

Anonymous said...

pada gua la kan kalu minah lidi nih baring bogel kat tengah jalanraya sekalipun kereta pun tak hingin nak gelek. sure kalu kreta tu leh bercakap,mesti dia ckp 'wat penat jer mengelek,tak der kesan geseran pun' hikkk

Anonymous said...

Salam,

Apa motif dia?

MAHLIGAI GAYA BALI DAN DOKTOR GIGI

Anonymous said...

haha
tgk pun x selera kih kih kih

Rogayah Hassan said...

pada akhir zaman nnti, muzik disukai secara berleluasa, ia disanjung dan dipuja, adakah begini yg ingin kita ikuti!!!!!!

anie said...

suka tengok lakonan didi