Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, December 10, 2010

PEGAWAI AGAMA DITANGKAP KHALWAT LA PULAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Panas: Isu "Pegawai Agama Di Tangkap Khalwat", Gambar Tertuduh Berkenaan Akan Di Dedahkan Jika Masih Ada Usaha Tutup Atau Tukar Kes Itu !!

KUANTAN, 9 Dis - Susulan pendedahan panas isu seorang pegawai kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ditangkap khalwat baru-baru ini, maka krew-krew kami telah dihubungi oleh orang ramai yang mahu mengesahkan perkara itu. Ramai yang terkejut dan tidak kurang pula yang mengatakan isu itu adalah fitnah semata-mata. Untuk makluman "jika tiada angin masakan pokok bergoyang", itulah pepatah Melayu sejak zaman-berzaman. Maknanya, jika ia tidak berlaku masakan perkara ini boleh dihebohkan. Malah, siasatan kami mendapati memang benar pegawai kanan MUIP terbabit telah ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam satu operasi penghujung November lalu. Beliau ditangkap ketika berdua-dua dalam sebuah bilik sebuah hotel ternama (foto) bersama pasangannya "bukan muhrim" yang dipercayai merupakan kakitangan di tempat beliau bekerja sendiri. Maknanya, kes ini adalah "tragedi boss makan staff'" yang dipercayai masih bujang sedangkan boss terbabit sudah mempunyai anak isteri. Difahamkan, fail kes berkenaan telah pun dibuka dan bila-bila masa sahaja "pegawai kanan" terbabit boleh didakwa atas tuduhan berkhalwat. Namun, entah kenapa gara-gara beliau merupakan orang besar di MUIP maka kes tersebut mungkin akan dibuang begitu sahaja oleh pihak yang berkenaan. Tidak cukup dengan itu, jika pun tidak dibuang pihak berkenaan akan menukar kes berkenaan kepada "perkahwinan luar kawasan atau nikah tanpa kebenaran". Maknanya, kedua-dua tertuduh yang "masih tiada ikatan" itu bakal dituduh atas kesalahan lain. Kononnya mereka telah "berkahwin di luar negara" tanpa kebenaran. Idea ini terpaksa dilakukan oleh pihak berkenaan bagi menutup kesalahan asal tersebut. Malah kami juga tidak teragak-agak akan menyiarkan gambar kedua-dua tertuduh terbabit, jika usaha tutup dan tukar kes dilakukan oleh pihak berkenaan. Laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan dibuat jika keadaan memaksa. Kebenaran haruslah ditegakkan dan kebatilan haruslah ditentang, jika tidak Islam akan terus dihina di muka bumi ini buat selama-lamanya.

[Namun, apakah ini wajar dibiarkan begitu sahaja. Kenapa harus ada kekebalan kepada mereka yang mempunyai kuasa atau jawatan. Alasan yang diberikan ialah untuk menjaga maruah dan imej jabatan terbabit. Masalahnya, jika kita mahu menjaga maruah jabatan terbabit kenapa harus dibiarkan individu yang membuat onar itu terlepas daripada hukuman. Jika berlaku kepada orang lain, pihak berkenaan begitu sukar untuk berkompromi, kini mereka pula mahu berbuat demikian demi kerana menjaga nama dan maruah. Maruah Islam itulah yang perlu dijaga sebenarnya. Jika inilah caranya, maka akan rosakllah agama itu sendiri. Mereka yang bertanggungjawab perlulah sedar amanah dan tanggungjawab terhadap agama yang sedang dipikul. Sebenarnya, kami juga terkejut kerana mendapat satu lagi maklumat panas bahawa pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sendiri khabarnya telah tertangkap rakan mereka sendiri sedang melakukan maksiat dalam sebuah hotel di Kuantan sebelum ini. Kes tersebut ditutup rapat-rapat demi menjaga nama baik JAIP. Malu rasanya melihat apa yang berlaku. Sebelum ini orang ramai biasa mendengar mereka meminta wang untuk menutup sesuatu kes itu, namun kini nampaknya semakin parah. Harapan kita agar pihak berkenaan insaf dan sedar dengan tanggungjawab besar mereka itu hendaknya. Allah melihat apa yang sedang anda cuba lakukan]. - Pahangdaily

Note: Ziana Zain kena tangkap berkhalwat kat hotel PD dangan bekas menteri pertahanan Malaysia... pun senyap jugak... kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

Anonymous said...

tu dia takut dengaq noh kes2 macam ni,orang non muslim tengok dah tak minat dengan islam dah,tu kira orang bukan calang2 tu pegawai kanan,

tuyuk said...

berita sensasi ni.. yeha!

PUPPETS said...

JEMBALANG KADANG PERLU BERSUSAH PAYAH MENYAMAR JADI ORANG UNTUK MENYESATKAN MANUSIA, SEBALIKNYA MANUSIA SENANG-LENANG MENJADI JEMBALANG....

Gaya peneroka said...

orang tempat saya.... pekan...
Buat malu aku jer....

Blogger said...

pegawai agama orang biasa dia pu ada nafsu macam orang biasa cuma dia terlupa kat mana ia berkerja mungkin asas kehidupanya suka begitu...

Nur Anees Syafwah said...

MasyaAllah.. Anyway, nice and cool blog you have. Sangat berinformasi. Amar makruf nahi mungkar. hehe~ :)

Anonymous said...

,inilah akibatnya undi ameno

SELEPAS PTK