بسم الله الرحمن الرحيم
WANITA 70 TAHUN TINGGAL BOGEL DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH: Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.
Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan, minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi kerana terlalu uzur," katanya.
Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.
Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.
"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.
"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.
Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak, manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.
Note: Tahniah ali...!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
subhanallah......
ibu ada pencen sbg tukang sapu - berapa sgt pencen tu????
ank bekerja- tp tak jaga ibu pun!!
JKM-kerenah birokrasi melampau. takkan sampai menunggu ibu tu habis nyawa baru nk bantu...ish..
Salam.
Awak,saya tertanya-tanya.Kenapa awak semacam 'perli' Ali Rustam?
Memang dia kepala negeri,tapi orang-orang bawahannya yang bekerja.Dan dalam kes ni,yang patut dipersalahkan ialah orang lain,boleh jadi anak dia sendiri dan pihak JKM.Sebagai contoh awak seorang pengarah syarikat,kalau anak-anak buah awak yang tak jalankan amanah,dalam masa yang sama awak ada banyak perkara untuk dilaksanakan,bila apa-apa terjadi,adilkah bila orang menyalahkan awak?
Fikir-fikirkan.
Wassalam.
wakakakaka.. anon.. kalau awak jadi tokeh kilang tauhu dan awk ada pekerja bangla.. bila tauhu awk masam dan basi adakah org yg beli nak salahkan bangla yang kerja kat kilang awk? Dah tentu nama syarikat awk yg busuk kan?
kenapa awk x tegur pekerja bangla yg membancuh tauhu di kilang awk tu sehingga tauhu keluaran kilang awk jadi masam dan barbau busuk? seterusnya menjejaskan reputasi syarikat awk..?
faham ke x? kalau x faham jugak balik rumah cakap dgm mak nak isap nenen balik... wakakakakakkaa
ALA BAGITAU JER KAT MEDIA ARUS PERDANA.. KALU MEDIA SETUJU NAK DATANG TENTU LER YANG PIKUL AMANAH ATAS NAMA BANTUAN TUH BERTEPEK-TEPEK ANTO MUKA... SENSASI AND PUBLISITI PREEE
anak haram dalam perut dibela.
ibu tua halal terpinggir
xnk buat skolah lg k?
salam
,anak ape la, haramjadah punye anak.
KLIK SINI: TONGKAT
maju betul negeri tersebut deh
umno bodoh,
bro, cam familiar jek awk ni...
kuikiukiukiukiu...
nak kena selak komen2 5-6 bulan lampau baru kenai der..
best³!
ni anak halal yg menjage ibu,
camne plak anak2 haram bawahan ali rustam nanti?
mampuih!!!
gondol.. walau rupamu tidak ku kenal.. tetapi ketawa kui kui kui dan lubang hidungmu der tetap menjadi pujaan hatiku... wakakakakaka
sialfools dah pergi haji der.. kita boleh sebut der..der..der.. klau dia ada kang kita dituduh mengugut bunuh plak... wakakakakaaka
Post a Comment