Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, December 5, 2010

SPRM BERANI KE TANGKAP PEMIMPIN UMNO?

بسم الله الرحمن الرحيم

Siasat Ali Rustam: Tanah MAIM tergadai, guna wang zakat RM13.85 juta

Kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.
Ketika mendedahkan perkara ini kepada Harakah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.

Beliau mahu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera.

Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83. Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau. Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.

RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106. Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:
a. Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.
b. Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.
c. Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal.
d. Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?

PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:
a. Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.
b. Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.
c. Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan.
d. Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.
e. Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.
f. Pencerobohan Tanah Baitulmal
g. Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi - Detikdaily


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: