بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.
Naib Presiden Umno ini (gambar) berkata banyak pihak telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap Presiden MCA itu menggunakan konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu sebagai platform untuk melahirkan keluhan dan rintihan terhadap parti pemerintah ini.
“Saya dengar ramai yang tidak gembira dengan apa yang dikatakan oleh Soi Lek termasuk pemimpin-pemimpin MCA sendiri, dalam konteks konvensyen BN,” kata Hishammuddin pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun Hishammuddin jelaskan, meskipun kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Dr Chua, apa yang lebih penting ialah konvensyen Ahad lalu menunjukkan BN adalah satu perikatan yang benar-benar bersatu.
“Kesemua presiden parti dalam BN telah diberi peluang untuk memberikan ucapan tetapi sudah pasti, isu sensasi ini (yang) dipetik,” kata beliau.
“Sebaliknya, saya mahu melihat ke depan. Apa yang dikatakan (oleh Dr Chua) mungkin terjadi ke atas kesemua pemimpin, kesemua parti, tetapi apa yang penting ialah rumusan konvensyen, dalam ucapan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak), kata-kata beliau dan aspirasi beliau untuk mentransform BN, itu yang lebih penting,” kata beliau.
Note: Kah..kah..kah..kah... Tak nak hunus keris ke? kah..kah..kah..kah... mana pergi pemuda umno? kah..kah..kah..kah.. mana pergi wira PERKASA ? Mana pergi wanita PERKASA yang mengatakan anwar utusan syitan? Takut ke nak kata secara terbuka yang soi lek MCA tu syitan? Ka..kah..kah..kah... Perkasa takut ke nak tegur bila parti komponen BN yang bukan melayu mempertikaikan Ketuanan Melayu? Kah..kah..kah..kah... Atau hanya marah secara sembunyi-sembunyi jer? Ibrahim ali tak nak beri soi leh tempoh 48jam untuk tarik balik kata-katanya ke? Kah..kah..kah..kah..
Sudah la umno dan perkasa.. bila orang PR cakap lain sikit jer korang menyalak memekik terlolong.. bila MCA kawan korang sendiri yang mempertikaikan melayu, korang senyap jer. Sikit suara pun tak berani keluar? Kenapa, korang takut MCA cabut lari dari BN kan? Kah..kah..kah... korang takut cukong tak nak mengundi korang kan? Kah..kah..kah..kah.. Mana slogan hidup melayu korang... dah layu ke? Mana kata-kata untuk memperjuangkan melayu korang... sudah tukar ka? kah..kah..kah..kah.. Nampak sangatlah melayu umno ni takut dengan cukong... kah..kah..kah..kah...nampak sangat la selama ini melayu kena tipu dangan umno dan perkasa... kah..kah..kah..kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
Berani, dia orang!
(di baca tak berani kah kah)
kakakah!!gmbor tk blh blahh!!!kakakakahhahahah!!warghH!H!!
UMNO dan Perkasa, ibarat anjing menyalak bukit... wahahahaha menyalak kuat, tapi bukit tak runtuh...
Post a Comment