Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 21, 2010

JODOH BUKAN KETENTUAN MANUSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

jodoh saya masih ada



BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.

“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.

Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.

Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.

“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.

“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.

“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.

“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga. - Hmetro

Note: Baru 72 tok muda lagi. Beza dengan isteri baru tu pun baru je 13 tahun. Taib mahmud 74 dapat anak dara ratu cantik lubnan umur 28 tahun. Kah..kah..kah..kah..

Note: Nak tanya sikit... Anak pompuan yg umur 24 tahun nama norita tu dah kawin ke belum tok? He..he..he..he..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

Adylia Qarissa said...

aku juga masih menunggu jodohku di samping berusaha ... insyaAllah :D

puteri said...

BS:

sempat lagi ye nak tanya anak gadis pengantin.....

:)

Anonymous said...

Salute kat ayat makcik tuh pasal perkahwinan diharap jadi ibadah,ada setengah tu kawin tambah, sebab napsu nak mentekedarah ,walhal jantung dah ilang gagah,pas tuh anak bertelagah n besepah-sepah sambil terus menyumpah-nyumpah

ijoks2009 said...

Salam sifu,aku dah bagi apa yang ko nak kat email ko.
harap faham lah ye.ni ada kaitan ngan N3 ni jugak ni.hahaha

ijoks2009 said...

lagi satu,teringat kisah seorang sahabat nabi yang dah agak berumur berkata pada anaknya"kawinkan aku,kawinkan aku"
Bila ditanya,katanya dia malu nak berhadapan dengan Allah dalam keadaan tak beristeri.

Liz said...

Alhamdullilah ...nak mendirikan masjid bukan senang..mesti juga ada restu dari keluarga baru bahagia hidup kita dengan dikelilingi oleh insan-insan yang penyayang dan mengerti erti kehidupan seseorang yang kesunyian...Bagus juga ya keluarga Md Yussof..

Anonymous said...

der...
heheheheee
kenalkan la wa ngan adylia qasrina, name dah dekat2 same dah... kuikuikuik..
hai qasrina, im married but available!

BUJANG SUSAH said...

der... nak potong jalan ke? aku pun nak la kat dia.. kah..kah..kah..kah..