Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, December 22, 2010

BAPA KAHWINI BAKAL MENANTU

بسم الله الرحمن الرحيم

Raisuddin Hamzah Didakwa Kahwini Bakal Menantu

SHAH ALAM: Bapa mertua kepada Raisuddin Hamzah memberitahu dia mempunyai hasrat mahu menjodohkan anak perempuannya dengan anak lelaki pelakon dan penyanyi popular tahun 80-an tersebut.

Suberi Abdullah, 50, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, bahawa dia mempunyai dua calon menantu buat anaknya, Siti Fatimah yang telah bernikah dengan Raisuddin di sempadan Thailand.

"Calon pertama adalah anak kepada Raisuddin yang bernama Hamzah manakala calon kedua adalah anak seorang doktor yang dipanggil sebagai Along," katanya semasa disoal oleh peguam syarie Mohd Roshdan Sujak.

Selain itu, Suberi yang mengusahakan kedai makan juga memberitahu, dia tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya kerana faktor jarak usia yang berbeza 31 tahun. "Dia (Raisuddin) tidak sepadan. Semasa akad nikah, umur anak saya baru 19 tahun, masih anak dara dan sedang menuntut di Universiti Selangor (Unisel) di Batang Berjuntai, dekat sini.

"Dia pula berusia 50 tahun dan sudah mempunyai isteri," katanya dan menambah berasa malu dengan perkahwinan tersebut.

Mohd Roshdan mewakili Suberi, 50, pada permohonannya untuk membubarkan perkahwinan antara Siti Fatimah dan Raisuddin mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Mahkamah sama turut mendengar permohonan Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah untuk mengesahkan pernikahan yang dilakukan di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 dengan berwalikan hakim.

Suberi seterusnya memberitahu, Siti Fatimah, 24, sepatutnya berada di rumah pada malam pernikahan tersebut.

"Dia tinggal di asrama.Saya tidak tahu bila dia ke Songkhla. Sebelum 2 Januari 2007, kali terakhir saya berjumpa dia adalah pada Hari Raya Haji tapi saya tidak ingat tarikhnya," katanya.

Menurut Suberi lagi, Siti Fatimah tidak ada memaklumkan atau meminta izin darinya untuk berkahwin mahupun dihubungi oleh mana-mana wakil dari Songkhla yang meminta izin untuk mewalikan anaknya.

"Saya tidak pernah kehilangan kelayakan untuk menjadi wali," tambahnya.

Dia juga memberitahu, dia tidak berada di penjara semasa pernikahan itu berlaku dan boleh dihubungi pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit dan talian telefon rumah.

Suberi memberi keterangan selepas Mohd Roshdan memohon untuk menyoal semula anak guamnya ekoran banyak keterangan Suberi tiada di dalam nota prosiding semasa kes itu didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Permohonan itu juga tidak dibantah oleh peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif yang mewakili Sti Fatimah yang dinamakan sebagai responden pertama dan diikuti oleh Raisuddin sebagai responden kedua.

Nor Azmi kemudiannya memohon diberikan sedikit masa untuk membolehkan beliau menyemak nota keterangan sebelum mula menyoal balas Suberi.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin membenarkan permohonan itu dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan baru.

Pada prosiding itu, Suberi yang mahu melarikan diri daripada pihak media tertinggal kad pengenalannya di mahkamah yang kemudiannya diambil oleh Mohd Roshdan. - Mstar

Note: Kah..kah..kah..kah.. Syok tengok bakal menantu cun.. Ala.. baru beza umur 31 tahun. Daripada aku bagi kat anak aku baik aku sendiri yang kebas.. Syokkkkkkk.... Kah..kah..kah..kah... Pak mertua dan anak menantu sebaya tu... kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

Yan said...

Salam BS,

ALHAMDULLILAH diarang nak nikah. Kalau tak?

donk said...

salam semua
pak mentua tak berapa mahu dan suka sebab raisudin tu bukan jutawan..kalau jutawan..pasti dia suka dan tak rasa malu...

depa dah kawin..dah jodoh depa..apa nak bising..unless si raisuddin tu buat tak betul okeylah masuk paper..

anak dah suka..nape bapak kecoh pulak..anak dia diam je..

tura hepy said...

sudah tertulis jodoh dia begitu...
kita xb0le nk halang...
mugkin cara salah, tapi benda dh jadi..:))

Adylia Qarissa said...

salam...
nie lah yang dikatakan jodoh... lebih baik berkahwin kalo dari melakukakn dosa. Bagi pihak bapa, restukanlah perkwahwinan mereka...ada hikmat di sebalik apa yang terjadi..

Anonymous said...

Salam. kawin tu mmg bagus dan x salah tapi kenapa bawa lari ke thailand..

Anonymous said...

wahhh.....best ar mcm tu....mintak2 lah kalau aku nnt umo mcm tu dpt anak dara bergetah mcm ni....kuihkuihkuih...bahagia idup ni...hahhaha

puteri said...

eh tapi tak sah la kan sebab wali tak izin. dan reason wali tak izin tu.. erm.. i think valid. sebabnya si anak tak pernah pun minta izin nak kawin, so bapa dia sblum dia kwen xhalang@larang. tp dy xbagitau. so..? atau nak tukar mazhab? hanafi bolehlah, xperlu wali pun sah.

Anonymous said...

Perkawinan itu sah apabila mematuhi syarat dan rukunnya....Perbuatan itu salah kerana tidak beradap...Bahagia itu kurnian Allah.tapi Allah hy redha dgn adanye redha dr kedua ibu dan bapa.

1D said...

Dh tu namanya jodoh, ikan dilaut, asam didarat, dlm kuali bertemu jua....hahaahhaha....kita tgk je la....