Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, December 7, 2010

APA YANG TELAH PAKATAN RAKYAT LAKUKAN DENGAN UNDI POS?

بسم الله الرحمن الرحيم

300Ribu Anggota RELA akan Di Daftar Sebagai Pengundi POS Untuk Menawan SELANGOR

Maklumat ni TB dah lama dapat. Cumanya, ianya hanya sekadar cadangan sahaja. Tapi, maklumat terbaru yang TB dapat, cadangan ini telah diterima oleh mereka untuk dilaksanakan.
Mereka telah membuat congak dan mendapati peluang mereka memenangi Selangor dan beberapa negeri lagi tipis. Ini sekiranya mereka bergantung kepada pengundi yang telah sedia ada.
Maka, cadangan mendaftar anggota RELA sebagai pengundi Pos telah diterima oleh mereka. Ini akan menambahkan lagi “bank” undi pasti Barisan Nasional untuk setiap DUN.
Ini tidak termasuk ahli keluarga tentera dan polis yang telah didaftar sebagai pengundi Pos tanpa mereka sedari.(baca di sini)

Juga, SPR telah membuat pengumuman bahawa para doctor, wartawan dan jururawat pun akan dibenarkan untuk mengundi pos.( baca di sini)

MENGAPA UNDI POS HARUS DIHAPUSKAN?

Mudah sahaja. Undi Pos TIDAK TELUS. Wakil2 parti tidak diizinkan untuk mengawasi perjalanan undi pos serta proses pengiraan undi pos. Malahan, undi pos sendiri tidak diketahui ke mana perginya dan tidak pula dikira pada HARI undi dibuang.

Undi pos akan diperam sehingga hari mengundi TANPA pengawasan dari partai2 yang bertanding. Memandangkan reputasi SPR yang jelas PRO BN (contoh: Perak dan Kedah), maka KETELUSAN UNDI POS adalah 100% diragui.

Dengan kata lain, undi pos ini akan dengan mudah menjadi alat dan cara Barisan Nasional memenangi kerusi kelak.

NAUZUBILLAH!!!

WAJIB PROTES UNDI POS

Kalau Pakatan Rakyat tidak mengambil langkah yang drastik dan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa, maka dengan jelas UMNO/BN akan mempergunakan undi pos untuk kepentingan dan ketamakan serta haloba mereka.

Perlu perkara ini disanggah dan dilawan sekiranya kita masih mahu memerintah di Perak, Selangor, Kelantan, Penang dan Kedah.

Secara mudahnya, di kerusi2 yang perlu dimenangi UMNO dan BN, mereka boleh ada antara 2000-2500 pengundi pos yang bakal memenangkan mereka kerusi2 tersebut.

Jelas, UMNO terpaksa menaikkan kadar penipuan mereka ke tahap MAKSIMA demi memanjangkan usia mereka yang semakin hilang itu.

Semoga Allah SWT mengagalkan penipuan mereka ini, inshaalah.

Tulang Besi

Note: Pakatan Rakyat nampak semacam ghairah untuk menghadapi PRU13. Cuma yang jadi tanda tanya apa yang telah Pakatan Rakyat buat untuk menghalang penyalahgunaan undi pos dan pengundi hantu? Jika masih tiada lagi, jangan terlalu berani nak ajak lawan bertarung. Kekuatan tenaga sahaja masih tidak menjanjikan kemenangan sesebuah parti. Kepala kena ligat, kena fikir macam mana cara nak hapuskan undi pos dan pengundi hantu ni. Jika rasanya perlu, anjurkan demo besar-besaran untuk bantah ketidaktelusan SPR. Kalau perlu juga boycott saja pilihanraya yg tidak adil ini. Apa gunanya pilihanraya kalau hanya menguntungkan sebelah pihak saja? Yang sebelah lagi sampai mati asyik kena tipu. Pakatan perlu ingat.. Badan tough saja tapi kalau otak bebal pun tak guna. Kita sedang menghadapi sebuah demokrasi penipu. Demokrasi mengikut tekak pemerintah kuku besi... Jika ini tidak diambil serius, adat mengatakan jangan mimpilah Pakatan Rakyat akan menang walaupun sampai kiamat...Sehingga tiba satu masa nanti pengundi BN hanya tinggal sorang saja pun mereka tetap memenangi pilihanraya dek kerana bantuan pengundi pos dan pengundi hantu juga kerana kebodohan kita Pakatan Rakyat... kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Tok Esah said...

tok bantah undi pos ni lama dah.. kita perlu halang!!! takkan nak tgok BN tipu kita selalu..

PUPPETS said...

APAKATA KITA SYORKAN JER TEMPAT UNDI TU DIPEJABAT POS..... LA LA LA

Unknown said...

awak sgt lucu dan klakar la puppets.

saya sokong cadangan awak tu.

hurrayyyyyyyy!!! cam siot pon ade jugak la.

Unknown said...

akupun sebenarnya tak seyujupun dengan undi pos nie...kalau telus xpe..nie tak telus..ada baiknya kita pos najib nie g duduk kat Israel nu..sama2 penipu.