Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, December 30, 2010

ANTARA CINTA DAN PENIMBAAN ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

BUDAYA berpacaran kian menjadi amalan kebanyakan mahasiswa sebaik saja bergelar warga kampus hingga menimbulkan keresahan masyarakat.

Kebimbangan itu cukup berasas kerana ia bukan saja mampu mencetuskan fenomena gejala sosial tidak terkawal, malah dikhuatiri boleh menyebabkan mahasiswa tergelincir daripada tujuan asal menjejakkan kaki ke menara gading.
sebelum selepas

KEUTAMAAN...menuntut ilmu seharusnya menjadi perkara pertama kepada mahasiswa.

Sudahnya, terkandas dalam peperiksaan, emosi terganggu, pembaziran masa dan wang selain potensi dibuang daripada universiti juga ada.

Meskipun sudah tahu risikonya, mahasiswa masih menganggap budaya itu satu kemestian, jika tidak pasti bingit telinga disindir rakan seperjuangan dengan panggilan ‘surat khabar lama’.

Masyarakat pasti tertanya-tanya penting benarkah budaya ini hingga mahasiswa ‘mengagung kannya’ atau hanya terikut-ikut kerana tidak sanggup dicop ‘tidak laku’?

Bagaimana pula kesannya terhadap mahasiswa, bolehkah membantu mereka mencipta kejayaan dengan dorongan sang kekasih atau sebaliknya?

Penolong Profesor Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata sukar menangkis penularan budaya berpacaran di kalangan mahasiswa kerana sudah menganggapnya sebagai satu kemestian sebaik saja menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, penularan budaya itu sukar dikawal kerana mahasiswa menjadikannya sebagai budaya hidup dengan memberi alasan tertentu supaya diterima masyarakat.

“Disebabkan alasan itulah, budaya ini semakin berkembang dan sukar dihapuskan. Meskipun tahu natijahnya, mereka tidak kisah kerana beranggapan ia satu kemestian dan perlu dilakukan.

“Jika tidak, mereka pastinya disindir atau ditempelak sedangkan banyak lagi tanggungjawab utama perlu dilaksanakan, bukannya sibuk mencari pasangan atau melayan angan - angan yang belum pasti.

“Malangnya itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa hari ini hingga menimbulkan kebimbangan bukan saja ibu bapa, tetapi masyarakat yang kadang kala sakit mata melihat aksi kurang sopan mereka di khalayak ramai,” katanya.

Persoalanya mengapa budaya yang tidak digemari masyarakat ini menjadi keutamaan sebahagian besar warga kampus?

Beliau berkata budaya berkenaan sudah dianggap sinonim sebagai lambang kebebasan remaja mencorakkan masa depan tanpa kongkongan ibu bapa apatah lagi kejayaan menjejakkan kaki di menara gading sudah dianggap mampu berfikiran matang.

Atas kepercayaan itu mahasiswa bagaikan berlumba-lumba mencari pasangan bagi membuktikan mereka sudah dewasa selain sudah tiba masanya belajar berdikari dan membuat keputusan.

Terpilih melanjutkan pengajian di menara gading bermakna mereka sudah melangkah ke frasa dewasa, justeru, naluri untuk saling menyayangi timbul meskipun masanya tidak sesuai.

“Pada masa sama, mahu membuktikan mereka ‘laku’, ada peminat serta mampu menarik perhatian rakan berlainan jantina untuk menjalin hubungan ke peringkat serius.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana mahasiswa perlu meletakkan kepentingan utama iaitu menuntut ilmu dan menghabiskan pengajian, bukannya mencari pasangan sekali gus menjalin hubungan terlarang,” katanya sambil menegaskan budaya itu mampu membuat seseorang berisiko terbabit dalam pelbagai masalah luar jangkaan.

“Bayangkan jika pasangan mahasiswa itu bergaduh sedangkan esok ada peperiksaan. Emosi akan terganggu, tidak dapat belajar, sekali gus berdepan risiko gagal dalam pengajian,” kata Dr Mastura.

Tidak nampak faedah mempertahankan atau mementingkan budaya itu kerana jelas mengundang keburukan. Mungkin ada beranggapan diri kuat berdepan cabaran, malangnya aspek membabitkan emosi sukar dikawal.

Ditanya adakah budaya itu mampu menyumbang kepada peningkatan masalah sosial, beliau tidak menafikan malah menganggapnya antara penyumbang terbesar kerana didorong perasaan sayang luar biasa.

“Kebanyakannya masih muda dan terlalu hijau mengenai selok-belok kehidupan. Apabila disogokkan dengan pelbagai pengalaman dan cerita mengenai keseronokan dunia percintaan, mereka yang naif mudah terjebak.

“Meskipun ada mengaku hubungan itu dijalinkan atas paksi ‘bersih’, masih sukar menolak godaan nafsu. Maruah diri tergadai, masa depan juga hancur gara-gara budaya ini,” katanya.

Beliau menyarankan mahasiswa supaya memperteguhkan emosi dan diri untuk lebih fokus kepada pengajian.

“Tidak dinafikan, isu membabitkan perasaan sangat subjektif, tapi mahasiswa perlu kuat dan mempunyai pendirian. Fokus pada tujuan utama dan jangan mudah terpengaruh dengan kejutan budaya.

“Menara gading tempat membina kejayaan hidup masa depan jangan persiakan peluang dengan terjebak kepada perkara merugikan selain tidak perlu terburu-buru memberi komitmen pada pasangan saja.

“Gunakan zaman remaja dengan melakukan perkara berfaedah. Apabila tamat pengajian dan memperoleh pekerjaan, itulah masanya paling sesuai mencari pasangan hidup secara sah,” katanya. - hmetro



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

Kamal Sanusi said...

Ni semua kerna dok banyak sangat menonton filem melayu yg tiada lain hanyalah berlandaskan cerita cinta. Lain cerita dah tak leh nak pikiaq.

Org filem Malaysia plak gah mengalahkan barat ngan 1001 mcm kontroversi.

Saja nak tanya, Ning Baizura dah merasa ker 5 batang serentak seperti yg diidamkannya?


Wakakakakakaka.............

tuyuk said...

kah kah kah.. cool lah kamal sanusi

donk said...

budaya macam tu memang dah terbukti di ipta mana mana pun..majoriti yang buat adalah budak budak melayu..couple couple..lepas tu gaduh bila pasangan kena usik orang lain..

sebab nya ..kat ipta ada baru punya kursus atau bidang..iaitu ber couple...belajar letak nombor dua...tapi bukan semua..hanya yang tak sedar diri..tak sedar menghabiskan duit mak bapak..dan menjadi tajuk setiap drama yang berkaitan dengan pelajar di media..

lihat saja drama terbaru ciplak luar negara mengenai medic student..yang takda langsung cerita pasal medikal hanya pasal perempuan...kesian melayu ni..

Anonymous said...

keh keh keh tuuu yg bergelar mahasisawa, yg kekecik dak sekolah rendah pun pandai berpeleseran worrr

Unknown said...

Dari sekolah rendah da pandai peleseran, bila sekolah menengah da pndai rakam video2 tadak akai tue..lepas tue wat muka bangga..

tura hepy said...

sbb dah ramai yg buat camtu, jadi sume ingat tu adalah perkara biasa...
tak tahu kenapa b0le mula jadi cm nih..
cara hidup setiap zaman sntiasa berubah...

yad_element said...

aku tak kisah la nak berkapel bagai nak rak pun tp lg elok tak payah.. yg aku kesahh adalah impak drp kegiatan kapel2 ni...

ZINA!!!

bodoh kite sebab tak blaja ilmu agama kuat2... wuhuu~

ieda said...

budaya couple ni dah lama berlaku.masa saya sekolah menengah zaman 80an dulu pun meriah juga.tambahan kami kat asrama.cuma bezanya masa tu setakat berkawan & bercinta.tak lebih dari itu.
saya percaya bahawa setiap org perlu tahu mana yg lebih utama & perlu ingat batasan agama.

Anonymous said...

hehh ayat aku nie tak der kena mengena dgn artikel,cuma nak tanya,korang perasan tak ada iklan telekom yg pelakunnya menyebut perkataan ni 'laju doh'.. aku tak pasti apa yg skrip tu maksudkan. tapi memerhati kumpulan anak-anak yg entah gurau berbentuk makian 'doh' yg dimaksudkan adalah singkatan perkataan 'bodoh', cuba-cuba ler korang perati n tengok mana tau aku yg tak paham iklan atau telinga aku sumbat.

EJA said...

wah tajuk entry kita ada kena mengena lah kan ...hehe bagus entry awak mgg bagus dan segala jawapan dan kekusutan eja telah terjawap terim kasih byk ye