Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, November 29, 2010

DI UGUT PECAT JIKA TAK BUKA BAJU

بسم الله الرحمن الرحيم



Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Man perlahan....

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

- sembangkosong10

Note: kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

9 comments:

Asma said...

Aku terkena ke ni.. Huhu...

Anonymous said...

Betul lah ko ni Bujang menyusahkan
Aku baca berderap2 jantung (kot2 x-rated). Klakar.

mahaza said...

ni xxx anti klimaks namanya.... kah kah kah... good one though...

ISA said...

cehhh... potong stim... anti klimaks..

Anonymous said...

potong betul.hahaha

Iklanneka said...

hahaha... lawak2.. klah raja lawak..

Anonymous said...

Kah kah kah, releks jap, Politik hari2 pon boring gak bro.

MBMMBI APA MASALAHNYA

Kak Mahh said...

Terkena sudah kita hari ini.

Anonymous said...

cahhhhh potong stim betul laaa. aku baru jer nak 'selaras'.