Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, November 29, 2010

PATUTKAH CIKGU JADI BEGINI ??

بسم الله الرحمن الرحيم

Fenomena Cikgu Shida / Teacher Shida?



Arena pendidikan tak sunyi daripada pelbagai isu yang mengejutkan dunia, yang membuatkan kita menggeleng kepala, yang membuatkan kita beristighfar tanpa kita sedar.

Dikejutkan dengan Fenomena video miming Cikgu Shida. Penyokong cikgu tersebut melebihi angka 10,000 di laman Facebook. Apa tanda semua tu? Penyokong cikgu shida menyokong pembikinan video miming tersebut dengan memberikan alasan, guru seharusnya menjadi pencetus kreativiti murid. Soal saya, adakah video tersebut membantu proses pengajaran dan pembelajaran beliau? Video tersebut disajikan untuk tontonan siapa?

Ramai yang terhibur, artis bagai. Status views kat Youtube boleh mengalahkan Siti Nurhalizakot kalau diselaraskan masa mula-mula video dimuatnaik. Tak cukup dengan laman Youtube, tersebar pula di Facebook. Kat sinilah muncul pelbagai suara. Sejujurnya, kita tak suka title 'cikgu' itu dicemuh. Kalau Cik Shida dah sememangnya artis atau menjawat jawatan lain selain guru, rasanya situasi yang kita tempuh pada hari ini adalah berbeza.

Cikgu Shida adalah seorang guru. Melalui sudut pandangan saya; saya kira cikgu tersebut dihentam hebat kerana beliau membawa imej seorang guru dan perbuatannya itu dilihat seolah-oleh mencemarkan imej dunia pendidikan. Seorang guru seharusnya menjaga kesopanan dan memberikan teladan yang terbaik buat anak didik, bukan mencabar murid dengan sesuatu yang saya kira tidak bermanfaat. - edited post from - here

Video miming cikgu shida boleh dilihat di SINI

Facebook di SINI

Note: Firman Allah SWT :
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

17 comments:

eMMe said...

yg kat atas tu cikgu ape lak?

Nur Adam said...

SOKONG!..cikgu perlu dihormati..dan seorang guru juga harus disanjungi dari pelbagai segi,tingkaglaku dan menjadi tauladan yg baik bagi ank2 zaman kini..kalo mcm ni..kena buka maktab guru pelawak..mungkin ramai anak2 skrg pun suka buat miming..huhu

Langit Pertama said...

Aku pn tak faham knp org suka sgt apa yg cikgu ni buat. Nk kata manfaat, takde pekdah pn dapat...

KAn elok dia upload aksi dia mengajar sains mcm citer sesame street tu. Ada gak pekdahnya budak bleh blaja smbil berhibur...

Paing kurang pun cam Blue's Clues un jadi la...

zulkbo said...

salam saudara..
saya pun tak suka
bila beliau membawa
nama guru dalam bersosial
di FB begitu..malu rasanya

PUPPETS said...

CIKGU?.... BANYAK SEBENARNYA PRILAKU KURANG ELOK DIKALANGAN CIKGU-CIKGU INI... KUMPULAN INILAH YANG JADI NILA DITANGKI SUSU... BARANGKALI PUNCA UTAMANYA KERANA KERJAYA CIKGU ADALAH PILIHAN TERDESAK.... SEBAB LAIN...ERRR KENA CARI KAT BUKU PEDAGOGI PERGURUAN KOT.....

Me, Myself and I said...

macam-macam gila ada kat dunia ni...kalau diri sendiri dah tak tau menjaga airmuka sendiri...jangan ler pulak marah nanti, bila ada orang lain mencemuh segala perbuatan kita...

tuyuk said...

ape barang cikgu ni.. cikgu lepat ni

AinuL HayaT said...

Salam,

Pertama kali dikhabarkan oleh kakak saya tentang cikgu shida ini amat mengejutkan saya.

Sebagai bakal guru, kami didedahkan dengan etika moral yang cukup tinggi sebagai bekalan untuk turun berkhidmat untuk masyarakat kelak...tetapi realiti dunia guru...dihidangkan dengan contoh 'guru' yang kurang enak dipandangan.

Bagi hati2 yang sedar, pasti boleh menilai erti kekreatifan yang sebenar.

Wallahua'lam

Mohamadazhan hjDesa said...

sudut positif, dia ada bakat terpendam.hehe

negatif: seperti sedia maklum la.

cermin muka said...

drpd layan cikgu ni, baik kita kutuk dia dan download blue kemudian buat koleksi blue, lgi bagus drpd buat kerja mcm cikgu ni,

utk cover konon2 kita baik, kta kutuk la cikgu ni bru org tak tahu tabiat suci donlod blue kta tu,

jgn ALLAH buka pekung kita sbb hipokrit suda, takut2 syok2 kutuk org sekali spot check penuh blue dlm HD.

puteri said...

hurm...

first time tgk 'ckgu' shida ni nyanyi lgu stacy kt fb...

utk lwk ska2 tu mgkin la ok. tp sbb 'title' yg dsndg tu yg kurg ok klw dy wat gini,.

psst.. cermin muka.
sape dnload / tgk / lyn blue?

puteri said...

eMMe -->>

yg atas tu sy rasa ckgu shida 'make.up'

daylachan said...

salam...
sepatutnya title cikgu 2 patot ditonjolkn dengan perkara2 yg baik...
ni makin lama tgk makin2 menjadi2...
dr pakai tudung terus xpakai tudung pulak....

Anonymous said...

der, akhirnya keluar jugak pasal ni.
kuikikuik... sbg cekgu aku pon malu dgn prangai bangang camni yg mahukan pubicsiti semata2, jadah ape ni?
adoyaiii...
ni la jadinye bile dah xdek keje, last2 pilih cekgu.. kuikuikuikui...

Normi said...

SAYA TERAMAT SIMPATI DENGAN CIKGU SHIDA NI...
MELIHATKAN MIMINGNYA SEOLAH2 ADA SEDIKIT 'SHORT-CIRCUIT' DI OTAKNYA.. CIKGU MACAM NI HARUS DISELAMATKAN..
HARUS DINASIHATKAN SUPAYA MENGGUNAKAN BAKATNYA DENGAN CARA YANG LEBIH SESUAI DAN SOPAN SEBAGAI SEORANG GURU..
ADUHAI... SAYAPUN GURU JUGA.. WHAT CAN I SAY... ? HUHUU

Anonymous said...

Mula-mula masa ter'keluar' video dia miming lagu Stacy tuh lawak juga ler.

But since dia tau ramai plak peminat dia, terus banyak plak video miming dia. Rasa macam annoying pula.

Kadang-kadang tak faham kenapa ada fans benda-benda macam ni.

Anonymous said...

macam ni pon ble jadi cikgu ke..........BANGANG LA AKU TGK DIA NI,NOK BULEH BAPA DUIT?