Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, December 4, 2010

UNTUNGNYA JADI KAKITANGAN KERAJAAN P.PINANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Kerajaan DAP Pulau Pinang beri sumbangan RM800 kepada anggota awam



GEORGE TOWN, 2 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. – Bernama

Note: Kah..kah..kah..kah... uiiii ni duit judi ni ... x nak pulang balik ke? kah..kah..kah..kah... kalau rasa xnak rm800 tu email jer kat aku nanti aku bagi no akaun... kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

yad_element said...

perhatikan pakcik yg berambut putih separa botak itu... gambar die bnyk kluar... hensem gak.. berkenan,.

original gambar...
http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/TK9k81z7zHI/AAAAAAAAMro/7f_rmENWIhw/s1600/umnopenang.png

wallahualam

New Hope said...

Sabahal khair

Tuan Lim Guan Eng bagi duit BN pow duit

HIKMAH MINYAK NAIK

PUPPETS said...

BS... KALU DIA ORANG TRANSFER DUWET TUH KAT KO,AKU NAK GAK TAU HE HE HE

Adylia Qarissa said...

rasa nak p keje kat penang laaa..hahaaaa

ijoks2009 said...

Doa bujang susah
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/12/maklumat-untuk-muslim-penting.html

melor45 said...

Perbuatan dan amalan yang baik dari pakatan rakyat tidak menjadi highlight dalam news diNegara Ketuanan Melayu nie.Dasar UMNO Yahudi Laknaktullah.Berita kenaikan bahan bakar dan makanan pun kecik saja.Tak berani Bold besar-besar nanti teras keupayaan UMNO BN yang mengundi disaluran 1 terkejut dan mati, hilang satu undi lagi.

Anonymous said...

Errrr lama gak aku perati menda buduh neh.. kalu nak pulang duit haram hasil judi ker hape ker ngape di buatkan tabung.. kan elok kalu disediakan tong sampah ker,tong taik ker...

zmah said...

Alhamdulillah rezeki orang siapa sangka!