Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, November 28, 2010

SETAKAT NI TAK DENGAR LAGI "GANYANG ARAB"

بسم الله الرحمن الرحيم



GAMBAR yang disiarkan akhbar Jawa Pos menunjukkan Nina (kanan) yang hilang ingatan akibat diperkosa dua majikannya di Jeddah, Arab Saudi.

KANDARA, Arab Saudi – Seorang pembantu rumah Indonesia hilang ingatan selepas dia berulang kali diseksa dan dirogol dua majikannya di Arab Saudi, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, dia ditemui oleh beberapa amah Indonesia lain dalam keadaan menyedihkan di sebuah jambatan di sini, Jeddah.

Nasib malang yang menimpa pembantu rumah itu dikenali sebagai Nina berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Karawang, Jawa Barat, diceritakan oleh sekumpulan amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan Kandara kepada seorang wartawan akhbar Jawa Pos.

Jambatan tersebut menjadi tempat tinggal amah-amah Indonesia yang senasib dengan Nina.

Menurut seorang amah di jambatan itu, Hani Marsiana, Nina ditemui dua minggu lalu dalam keadaan tidak bermaya dengan tubuhnya mempunyai kesan dipukul.

Hani berkata, Nina ditemui oleh beberapa amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan dan mereka merawatnya sehingga dia kembali waras tapi masih trauma dengan kejadian menimpanya.

Menurutnya, selepas badannya mula bergerak dan mampu duduk, amah-amah Indonesia lain mula bertanya mengenai kisah hidupnya.

Dia berkata, Nina menceritakan pada mulanya dia diperkosa oleh seorang majikan Arab menyebabkannya meninggalkan majikannya itu.

Nani kemudiannya diperkosa oleh seorang oleh warga Mesir selepas terpedaya dengan jaminannya untuk membantunya.

Hani berkata, Nani kemudiannya dibuang oleh warga mesir itu di kawasan Kandara.

“Nina ini diturunkan dari mobil (kereta) Camry oleh orang Mesir itu,” katanya.

“Kasihan sekali amah-amah di sini. Mereka tidak (diberi) gaji selama berbulan-bulan, bahkan ada yang diseksa, diperkosa dan dibuang ke jambatan Kandara,” ujar seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Rokib. – Agensi



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

puteri said...

hilang ingatan?
tapi boleh pulak bercerita dengan baik.
how come?

Anonymous said...

hilang ingatan sekejap jer putri.

PUPPETS said...

HE HE HE TAK MUNGKIN LER DIAORANG NAK GANYANG ARAB.. TAK REALISTIK KAT FIKIRAN DIAURANG... SEBAB DIAURANG TAK LEH NAIK TUNGKANG SAYUR KE ARAB.. LAIN LER KALU NAK GANYANG MALAYSIA... BUKAN TAKAT NAIK TUNGKENG SAYUR,PINTU PAGOR PUN SENANG BOLOS.....

puteri said...

oh.. pulih semula rupanya