Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, December 1, 2010

YESSSSSSSSSSSS...!!! PETROL SELARAS LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

TAHNIAH 1MALAYSIA : RON97 naik lagi 15sen



Harga minyak petrol RON 97 mengalami kenaikan 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini.

“Ya, harga minyak petrol RON 97 naik mulai hari ini 1 december 2010,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Laporan Reuters pula menyebut kenyataan rasmi mengenai perubahan harga ini dijangka dikeluarkan kemudian.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON 97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun kenaikan harga itu tidak diumumkan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.

Note: Kah..kah..kah..kah.. hidup umno...!!!! Mesti orang umno akan kata... uiiii bestnya terima kasih kepada kerajaan Barisan Najis kerana perihatin kepada rakyat malaysia... kah..kah..kah..kah... kenderaan kat bawah ni khas untuk mat rempit dan mereka-mereka yang tak mampu nak tuang minyak.. kah..kah..kah..kah...



KAH KAH KAH..woit…RAKYAT MALAYSIA PATUT BERSYUKUR....kah kah kah… BERSYUKUR KERANA MINYAK KITA LEBIH MURAH DARI SIAM…. kah kah kah..woit…PATUT BERSYUKUR KERANA DI SWEDEN HARGA PETROL LEBIH MAHAL DARI MALAYSIA… kah kahkah..woit… BERSYUKURLAH KERANA HARGA MINYAK KITA MURAH BERBANDING DENGAN HARGA MINYAK DI SWITZERLAND…. kah kah kah..woit… JANGAN LAH GUNAKAN MINYAK BANYAK BANYAK… kah kah kah..woit… MULA BERJIMAT CERMAT MENGGUNAKAN MINYAK PETROL..…kah kah kah…KALAU BERJALAN SEPULUH KILOMETER… NAIK MOTOR TUJUH KILOMETER…kah kah kah.. LAGI TIGA KILOMETER… TOLAK MOTORSIKAL ATAU KERETA ITU… kah kah kah..woit.. KURANG KAN MENGGUNAKAN KERETA ATAU MOTOSIKAL … kah kah kah.. BANYAK KAN MERANGKAK KERANA INI BAIK UNTUK KESEHATAN… kah kah kah - TT


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Dkna Abza said...

ermmm.. mkn ssh la idup org melayu..harga mkn naik..tp gj msh d takuk yg sama..hutang keliling pinggang...

PUPPETS said...

EHE HE HE TRINGAT PLAK BEBERAPA TAHUN SUDAH,BILA ADA PIHAK BAWA MASUK MOTOSIKAL KUASA BATERI... BOLEH BELI TAPI TAK LEH GUNA DIJALAN RAYA... HE HE TAK TAU PLAK APA ALASAN IANYA TAK LEH DIGUNA DIJALANRAYA...JADI AKU PUN TOLONG BUAT ALASAN LER NEH 'KANG MUFLIS PLAK TOKEY-TOKEY MINYAK' HE HE HE JADI DGN ALASAN TERSEBUT AGAK-AGAK KEENDERAAN ALTERNATIF BAGI MENGURANGKAN GUNAAN GAS ASLI NEH BULEH KER BERTABURAN DIJALAN-JALAN RAYA MALAYSIA... RAMAI PLAK TOKEY MINYAK MINUM MINYAK KANG HE HE HE

anakmuaallaf said...

Umi nak rembat gambar basikal comey tu...

Unknown said...

ayat2 yg selalu digunakan
berjimat 'gunakan kenderaan awam'
kurangkan penggunaan kereta

Anonymous said...

jimat ker naek keenderaan awam neh? tak menangis ker pengeluar keenderaan persendirian kalu sume pakat naik bas,lrt,teksi atau beca n tak beli kreta,motor... hee kadang tuh bila aku naek bas sbb ngelak hujan, duit yg wat tambang p n balik ari tu leh isi minyak motor cabuk aku dan dpt dua kali guna utk jarak yg sama...