Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 12, 2010

SIDANG KEMUNCAK JANDA PERTAMA SATU PEMBAZIRAN

بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM 11 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang menjadi projek idaman isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor yang berlangsung esok adalah pembaziran semata-mata dan tidak sensitif kepada kesengsaraan kehidupan rakyat yang dibelenggu masalah ekonomi dan bebanan kos barangan yang meningkat.

Beliau menganggarkan kos untuk menganjurkan sidang kemuncak tersebut termasuk kos pengangkutan Wanita Pertama dan delegasi masing-masing ke Kuala Lumpur, penginapan, makan dan minum, keselamatan, hiburan dan kos berkaitan adalah sekitar RM20 hingga RM30 juta untuk acara tiga hari tersebut.

"Ini jelas satu pembaziran kerana di tengah-tengah ekonomi negara sedang 'sakit' isteri Perdana Menteri mengadakan acara bertaraf negara yang difikirkan tidak perlu dan tidak sesuai dengan agenda memulihkan ekonomi negara.

"Dari mana datangnya semua perbelanjaan sidang kemuncak tiga hari ini kali tidak dari perbendahraan negara. Saya anggap mereka datang ke sini lebih untuk melancong yang dibayar oleh rakyat Malaysia daripada menghasilkan sesuatu yang betul-betul konkrit.

"Apakah objektif sebenar sidang kemuncak ini? Kalau hendak berbincang mengenai isu pendidikan kanaka-kanak tidak perlu adalah sidang kemuncak. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai kepakaran masing-masing dan boleh diadakan simposium atau seminar. Mengapa mahu belanja berjuta-juta untuk tujuan ini?," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Melihat kepada aturcara program tiga hari tersebut yang dipaparkan dalam laman sesawang www.firstladiessummit.org, Wanita Pertama, Menteri dan pegawai kanan mereka akan dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang mereka berada di Malaysia.

Antaranya persembahan kebudayaan, pertunjukan fesyen, Pusat Pendidikan Awal Permata di Putrajaya dan diakhiri dengan lawatan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

habibaty said...

kenape tak bersuara lebih awal ..
hantar memorandum tak setuju dgn alasan yg kukuh ...
kalau sekarang kita berkokok ... tak guna dah ...

Jandaku said...

Setuju dengan ulasan diatas kerana ianya sudah terlambat namun kita akan ajar dan tundukkan mereka dalam PRU 13. SAYONARA untuk First lady ini.

Anonymous said...

Yang datang pon hanya dari negara dunia ke3 je. Yang dari negara2 besar dunia pertama mana ade datang. Mereka sumer taknak terlibat ngan Rosmah ni. Buat malu je.

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Sdr Bujang, sihat ka? Perasaan saya persidangan ni memang dah lama plan tp tak diwar-warkan sbb takut dikritik. Kita tak boleh buat persidangan sebesar ini tanpa perancangan teliti berbulan-bulan maa. Tau-tau dh nak start (ikut berita 3-4 hari lepaslah). Mmg nampak sah Wanita Pertama dr Negara Maju dan Eropah keep their distance. Isssyy malu teman!

Jasmin said...

agak2 apa hasil yg boleh dikongsikan kepada kita tujuan or rasionalnya acara ni diadakan...

husnataqwa said...

tidak puas hati betol...

husnataqwa said...

tidak puas hati betol...

husnataqwa said...

tidak puas hati betol...

husnataqwa said...

tidak puas hati betol...

ain said...

betul tu moh kembara.prancangan smstinya dah lama diatur takkan majlis sebesar itu blh di laksanakan dlm masa dua tiga hari jer...

donk said...

jangan tak tau..alasan yang sipinguin bantut tu cakap alasan merapu..target utama hanya nak mengenalkan diri sebagai first lady je..itu tujuan utama..dah agung pun senyap..kita nak cakap apalagi..dia pun tara berani..
cuma muka penguin tu aku tengok sebijik muka kat lorong haji taib tu..kalau offer rm 5 pun orang pikir 10 kali..kenalah dengan najib tu..muka macam anjing..