Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 12, 2010

GADUH REBUT HARTA

بسم الله الرحمن الرحيم

AKHRAMSYAH BUAT FITNAH BOHONG - melayau

Bekas Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Syed Hamid Albar menyifatkan tuduhan bahawa beliau memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC sebagai fitnah serta pembohongan besar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Malah, Syed Hamid turut menyangkal dakwaan individu terbabit, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi bahawa beliau kini pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan 19 tahun lalu.

Beliau percaya tindakan tersebut semata-mata mahu menjejaskan imejnya dan menjelaskan, Akhramsyah Muamar Ubaidah bukan Presiden MAYC seperti yang didakwanya selama ini.

"Walaupun saya pernah menerajui MAYC, itu tidak bermakna saya turut terlibat dengan Yayasan MAYC. Saya langsung tidak ada kepentingan di dalam yayasan tersebut sama ada sebagai pengerusi atau lain-lain jawatan.

"Oleh itu,
segala tuduhan serta dakwaan Akhramsyah Muamar Ubaidah kepada saya berhubung isu pemindahan harta MAYC merupakan satu bentuk fitnah serta pembohongan besar yang sengaja dilakukan.

"Saya juga amat hairan bagaimana dia tergamak mengaku sebagai Presiden MAYC sedangkan pelantikannya tidak pernah diiktiraf," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Akhramsyah Muamar Ubaidah mengenai kecurigaan kepimpinan MAYC terhadap usaha Syed Hamid memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC yang didaftar sebagai syarikat pada awal 1990-an.

Akhramsyah Muamar Ubaidah mendakwa pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.

Mengulas lanjut, Syed Hamid secara peribadi mengakui yang beliau sedih dengan tindakan Akhramsyah Muamar Ubaidah kerana jelas dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.

Beliau berkata, sekiranya benar dakwaan itu laporan polis sepatutnya dibuat dan bukannya sekadar mendedahkannya di media.

"Saya telah menerajui MAYC sejak sekian lama dan dalam tempoh itu tidak terdetik di hati saya untuk mengambil atau makan wang MAYC sebaliknya wang saya yang digunakan untuk MAYC.

"Bagi saya MAYC adalah amanah dan saya bertanggungjawab untuk menjaganya sepanjang saya diberi kepercayaan menjadi presiden.

"Alhamdulillah sehinggalah pemilihan MAYC pada 26 September lalu, saya telah menyerahkan jawatan Presiden MAYC kepada Mustaffa Mat Arop selepas beliau menang pada pemilihan itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak MAYC telah membuat satu laporan polis mengenai tindak tanduk Akhramsyah Muamar Ubaidah serta pengakuannya sebagai presiden pertubuhan tersebut.

"Saya amat berharap siasatan dapat dilakukan segera kerana kita tidak mahu masa depan MAYC terjejas," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Hamid menasihatkan kumpulan yang menyokong Akhramsyah Muamar Ubaidah supaya lebih bersabar dalam perjuangan dan jangan tamak merebut kuasa.

KAH KAH KAH…woit…. MANA DIA SPRM?.... kah kah kah… KENAPA SPRM TAK SIASAT?.... kah kah kah.. INI BUKAN SURAT LAYANG… INI LAPORAN POLIS…. kah kah kah…APA LAGI NAK TUNGGU… NAK TUNGGU SURAT LAYANG PULAK KE?... kah kah kah.. SORANG MENYAMAR SEBAGAI PRESIDEN MAYC… kah kah kah.. TUDUH SATU MALAON BAWAK LARI HARTA BERJUTA JUTA…kah kah kah.. woit… SPRM INI BUTA KE?.... kah kah kah

nota:
ini lah contoh melayu tak boleh bersatu, inilah yang braheng marah melayu gaduh berebut harta perang kah kah kah

nota:
nikmat hidup ialah melihat geng geng gerombolan bergaduh sesama sendiri kah kah kah - TT


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

0 comments: