بسم الله الرحمن الرحيم
BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil
DEMO BANTAH ROBOH SURAU .PASTI 500 sertai demo bantah roboh surau.
semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan. Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat. Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan. Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit. Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut. "Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat. Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan. "Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.
Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin. - Sofi Wahab
Note: Surau kena roboh.. Sekolah remaja berzina di utamakan. Tempat ibadat dilekehkan, hasil maksiat di agungkan... Terima kasih kepada ali ketam laanat. sama-samalah kita tunggu bala yang akan datang...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
Salam, cam dah OK jer kalau kita termengandung tanpa nikah di Malaysia ni!
Teruk sangat dah malaysia nih,melaka lah contoh terbaik.malu saya jadi org melaka akak 1 malaysia..
p/s:dijemput join contest kat blog.kat blog saya ade link nya.Blog ni saya tagkan nama,mane tahu berhajat nak join.Mudah aje.=)
asal usul melaka adalah suku sakat kaum fortugese...bukan islam..sampai ke anak cucu yang dah jadi islam...hukum..idea..pendirian..tetapmelambangkan kebodohan..cinta dunia..bangga dengan cerita dunia..tunjuk pada pelancung..yang banyak terkena..bangsa melayu...di hina dan di dera fizikal dan mental..sebab ali rustam dan khalil yaakub (yang bari datuk pada SRK..BODOH PUNYA YANG DIPERTUA) tahu yang orang melayu akan layu...melayu boleh di tindas dan di hina hingga ke anak cucu...he he he
sorri dah lapuk br nak komen..
terpanggil plak nak komen nie..
sbb la nie,.. cigu muda2 dah ada 'cucu' dalam kelas... apa taknye.. anak2 dalam kelas 'melanggar bendul' beranak dulu daripada cikgu... sbb tu la sekolah cam ni pun kena adakan supaya anak2 yg dah ter.. tu dapat 'diselamatkan' insyallah.. kita kene tengok tang +ve...
Post a Comment