Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, October 13, 2010

MENTERI UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Rais Yatim Beri Projek RM1 Billion Kepada Anak Sendiri



KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo

Note: Ha..ha..ha..ha.. elok la tu.. si penipu sokong si penyangak.. si penyangak belit si penipu.. dua-dua sengal... ha..ha..ha..ha..


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Anonymous said...

rocky beruk tu umno ke??aku ingat dia blog untuk DAP?? tk pun mmperjuangkan hak gayboy

donk said...

salam
siapa punya idea untuk ambil semula menteri yang dah nyanyuk tu dalam pentadbiran..macam takda orang lain lagi yang cerdik dalam negara ni..
nak halang memang tak boleh sebab itu memang sikap sejak azali lagi untuk beri diri sendiri dan kroni..
cuma berilah peluang untuk orang lain kayajuga..
makin lingkuplah malaysia ni..

donk said...

salam
siapa punya idea untuk ambil semula menteri yang dah nyanyuk tu dalam pentadbiran..macam takda orang lain lagi yang cerdik dalam negara ni..
nak halang memang tak boleh sebab itu memang sikap sejak azali lagi untuk beri diri sendiri dan kroni..
cuma berilah peluang untuk orang lain kayajuga..
makin lingkuplah malaysia ni..