بسم الله الرحمن الرحيم
60 lagi Warga Emas pulangkan wang ihsan... tapi kepada siapa?
Seramai 60 lagi warga emas dari Balik Pulau yang menerima wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.
Apa yang berbeza pada majlis kali ini ialah, sidang media diadakan kononnya untuk memulangkan wang ehsan tersebut, tetapi tidak dinyatakan dipulangkan kepada siapa.. adakah dipulangkan kepada Dr Hilmi Yahya pula?
Pulang wang 'judi', k'jaan P Pinang belum terima sesen
Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.
“Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.
Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.
Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.
Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.
Sehingga kini mereka dari UMNO ini masih belum menyerahkan wang ehsan yang dikutip dari warga emas yang diperdayakan mereka kepada kerajaan negeri Pulau Pinang..
Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini telah mengumpulkan wang dari warga emas itu ialah.. Datuk Azhar telah mengumpulkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00.. - Malaysiakini/-
Note: Kasihannya warga emas Pulau Pinang ni. Hidup dah la susah kena bodoh dengan pemimpin umno lagi. Pulangkan wang ihsan pada pemimpin umno.. kena kelepet la jawabnya.. senangnya pemimpin umno ni cari duit. Wang ihsan warga emas pun dikebasnya. Apa la nasib.. hidup dah tinggal hujung-hujung hayat pun tak sudah-sudah kena tipu.. hehehehe...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
mcm2 zmn skrng nie
kah kah kah.. kena tipu saja
bersangka baik aje lah kan.....hihi
Begitulah senario politik di negara kita... kemanalah agaknya pergi duit tu???? ke poket si polan bin si polanlah agaknya... mereka lupa masih ada mahkamah pengadilan yang lebih adil di sana... Semoga Allah bukakan hati mereka utk bertaubat...
saya daif pemikiran politik. tapi kalau saya ni umno pulau pinang, saya akan gantikan semula duit2 'hasil judi' yang dihadiahkan kepada warga emas oleh kerajaan pulau pinang ni. ganti balik dengan duit umno atau duit poket pemimpin umno pulau pinang itu sendiri. kalau buat macam ni, mesti saya dapat keuntungan politik yang berkali ganda.
macam2 hal~
kita sepatotnya.. soal selidik dulu sebelum bertindak~
salam,jaga diri,hiasi peribadi...
gua pun x pandai politik tapi boleh la mengira sikit2. kalau gua petik dari angka2 yang akhbar gerombolan ni keluarkan 60 + 40 + 70... bermakna dah rm17,000... banyak tuuu... itu x termasuk yg kata ada seramai 1000 org nak pulang lagi tu..
1000 x 100 org = RM100,000 tuuu..... uiiiiiiiiiiiii.... kenyang la pemimpin2 umno ni makan duit rompakan warga tua ni... org2 tua ni jugak yg melopong...
bodohnya melayu pulau pinang ni.. eh.. penang ada melayu ke? mamak banyak laa.. keturunan keling.. patutlah bodoh... wakakakakakaka....
ada 3 jenis org UMNO.
1. Yang masuk UMNO dpt projek.
2. Yang masuk UMNO sbb ikutx kawan.
3. Yang nak mati dan hidup dlm UMNO tak kira mcmana diterangkan sbb mereka ini taksub...projek tak dpt tak apa...
sebelah situa yang terima duit tu kan dah dikesan seorang ketua umno kat penang tu..sila check blog lain..
orang tua tu kalau pakai songkok tak nampak botak kepala dia tu..nak nampak real dia buang songkok baru nampak bodoh..
macam tu sekali pemimpin umno bee end...kwang kwang kwang..cian anak bini dia dapat bapak tak cukup sifat..
sesetengah melayu yg bodoh memang suka dibodohkan...
Post a Comment