Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 15, 2010

PERODUA

بسم الله الرحمن الرحيم



ini hanyalah rapikan dari penulis dan tidak sama sekali berkaitan dengan sebarang kompeni atau mana2 pihak....

Produa ialah sebuah syarikat yang menghasilkan kereta di Malaysia. Kebanyakan modelnya diberi nama (macam anak la plak...) yang bermula dengan huruf 'K' (Kancil, Kelisa, Kenari, Kembara)

Terdapat beberapa model lain yang tidak dipasarkan dan pupus langsung kerana sebab2 yang terlalu peribadi. Berikut ialah contoh dan sebab kepupusan.

Perodua Keldai : Direka untuk membantu pak arab mengangkut barang. Dengan harapan mencatat jualan platinum di timur tengah. Tapi pupus kerana tidak tahan ribut pasir. Orang2 itu juga mahukan sesuatu yang boleh disembelih setelah tidak mampu bekerja.

Perodua Katak : Kereta ini tidak mara ke hadapan sebaliknya melompat. Oleh kerana selalu rosak akibat terhempas, kereta ini tidak mendapat sambutan.

Perodua Kambing : Kereta ini akan bergerak sendiri apabila mengesan air. Akibatnya, terdapat pengguna yang sesat apabila memandu dalam hujan. Kereta ini tidak boleh dibasuh dan komponennya bercerai apabila memasuki car wash dan menyebabkan pemandu kuyup.

Perodua Kelkatu : Kereta ini phototropic, yakni bergerak mengikut stimulus cahaya. Jika dipandu tika siang, akan melayang ke udara. Sangat sesuai untuk dipandu ketika malam yang hujan. Akan melekap pada lampu lantas menyebabkan kerosakan dan kerugian.

Perodua Kiambang : Kereta ini mampu terapung di atas permukaan air tetapi tidak boleh bergerak. Hanya berfungsi sebagai boathouse atau penghias kolam. Keupayaannya untuk dipanggil kereta dipertikaikan umum.

Perodua Koala Bear : Kereta ini mendapat sambutan di Australia. Tetapi keperlahanannya membuatkannya tidak laku.

Perodua Kasuari : Kereta dua roda yang sangat unik. Sayangnya tidak dapat mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia dan mana-mana negara pun. Terlalu tinggi sehingga pemandu yang terjatuh mengalami kecederaan yang serius.

p/s : Mungkin ada lagi...tapi dah lupa kot. Sebab itulah Perodua guna nama lain pula seperti MyV, VIVA, Nautica, dan ALZA. - yui92



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

Shaizul Sapar said...

aslamualaikum tuan penulis.saya tidak nmpk apa kepentingan utk menulis entry ini.hendak kata mengkritik perodua, cara ini salah sama sekali. hendak kata membuat lawak, jenaka ini gagal menjadi. saya ingin tahu motif tuan penulis utk entry ini.sekian..

abid_PM said...

Salam. haha.
tak paham langsung post ni..

tajuk perodua, tapi share video proton, tah ta paham ape tah motif.

BUJANG SUSAH said...

hehehe.. tak lawak ke? tapi abid ketawa apa.. hehehe..