Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, August 28, 2010

SURUH MENGAJI MALAS.. DAH BESAR BODOH

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan Islam Masuk Masjid, Dulu boleh sekarang tak boleh?.. err.. sudah tukar ka?

Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu..

Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya, telah memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010 yang lalu telah disensasikan oleh berberapa buah blog Pro-UMNO, hinggakan ada yang yang menulis Nie Ching telah memasuki Surau tersebut dalam keadaan berbogel kerana tidak menutup rambut (contohnya seperti Rosmah Mansor).

Dan Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching pula yang mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, berkata beliau hanya memenuhi jemputan."Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.- sepenuhnya di SINI

Kesalahannya adalah jelas disini iaitu Teo Nie Ching telah memasuki surau tersebut dengan tidak menutup aurat.. mungkin juga kerana Teo Nie Ching Ahli Parlimen dari DAP, maka tindakannya masuk keruang solat utama itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat besar oleh blogger-blogger pro UMNO..

Sedangkan Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Jika Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi menganggap perkara ini tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau..

Apa pula pendapat beliau tentang cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sendiri untuk menjadikan Masjid sebagai destinasi Pelancongan pada tahun 2008 dulu.

Cadangan itu dikemukakan kerana menurut kajian yang dijalankan oleh JAKIM Pada masa itu antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.- sepenuhnya sila baca di SINI.

Jadi… kenapa dulu JAKIM membenarkan bukan Islam mengunjungi Masjid tetapi kini Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau.

Adakah kerana Teo Nie Ching seorang Ahli Parlimen dari DAP dan beliau juga seorang Cina yang bukan Islam telah memasuki Surau maka kini UMNO/BN terpaksa mengubah pula undang-undang?

Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu.. atau seperti Lembu yang nazak setelah disembelih, sebelum dia mati dia akan tendang apa saja yang berada disekelilingnya…

Jadi apa saja yang dirasakan boleh menyelamatkan dirinya akan dipergunakan oleh UMNO biarpun kebanyakkan isu itu akan mencetuskan backfire kepada mereka..

Contohnya macam Isu Khutbah di Pulau Pinang baru-baru ini.. Mana Zahid Hamidi? Kenapa sudah diam sekarang ? - darisungaiderhaka



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

Anonymous said...

Inilah yang berlaku apabila Islam cuba dipisahkan dari politik. Dah bebal lagi bangang orang-orang UMNGOK ni. Malulah bulan puasa camni buat lawak bodoh. Bab kata pendita Najib Mongolia, "Mempolitikkan Isu".

Captain said...

Depa mengaji pondok mana pulak? Kapir tak boleh masuk masjid...Tu kat Masjid Putrajaya..Buk kapir masuk! Tu Lah mengaji kat pondok dorian!!! Bodoh dan bangang tak masuk akai..

Abu Muhammad Haikal said...
This comment has been removed by the author.
Abu Muhammad Haikal said...

Malaysia terus dihina,

selagi di perintan UMNO.

Anonymous said...

bloggers pakatan haram ini akan mengatakan apa saja bagi membenarkan perbuatan mereka.......menemplak umno dengan pelbagai fitnah adalah permainan mereka dengan bijaknya.....buatlah kerana ALLAH Maha Berkuasa. Ingatlah...tidak ada keberkatan pada golongan pakatan haram ini dan kerana itu mereka tidak akan berjaya walaupun dah lebih 50 tahun berusaha....

budusssss said...

anon bangang... bistu 50 tahun umno berusaha kira dah berjaya la eh?

50 tahun umno berjaya menjadikan genting terkenal sebagai pusat judi terbesar didunia?

50 tahun umno berjaya menjadi negara pengeluar minyak yang menjual minyak dgn harga paling mahal kepada rakyatnya sendiri?

50 tahun umno berjaya membodohkan rakyat malaysia.. jual kereta nasional dengan harga yg berlipat kali ganda lebih mahal dengan harga yg dijual keluar negara?

50 tahun umno berjaya memberi pulau dan tanah kepada singapura?

50 tahun umno berjaya mendirikan pusat pelacuran yang tumbuh melata di serata negeri?

50 tahun umno berjaya meletakkan perlembagaan malaysia mengatasi undang2 agama islam sendiri?

50 tahun umno berjaya membiakkan penyundalan yg kini setiap hari kita boleh dengar kes buang anak?

itukah yg dinamakan berjaya?

klau macam tu lah dikira berjaya... x berjaya pun x mengapalah..

tkiut said...

yeahh budusssss for the win! bgus jwpn tu :)

to blog owner : honestly, kritikan yg membina tp kdg2 terlalu bias la .. cma penyokong mne2 parti politik pon xperlu lah nak memaki hamun or guna edited pixs yg mghina(cthnye gne pkataan bodohla, beruk lah etc)

p/s: erm xde ke media yg neutral?
ape2pon bencila dgn politik ngara kte.. sy cma sokong Dr Halimah Ali je .. hehe

amalhaj said...

bukan dulu lain sekarang lain tapi DAP tak boleh, MCA, MIC dan Gerakan boleh......