Cerita Geli-Geli Lawak Bodoh - malaysiakini
That’s the way ahaks… ahaks…., I like it…. ahaks…ahaks… (ulang 2 kali) ha..ha..ha…
Apa sudah jadi ni… bro…, aku mengandaikan selepas bersaranya mantan Pengerusi SPR, sapa lagi kalau bukan si celaka Rashit Dakwat Hitam, diambil alih pula oleh pengerusi yang baru apa ke namanya… yes… nama dia Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ehmm… sedap nama tu, macam nama moyang Imelda Mansor pulak…
Aku ingatkan dengan Pengerusi SPR yang baru ini, adalah perubahan imej dari segi ketelusan dan kebebasan dalam sistem pilihanraya negara seperti yang diperkatakan sewaktu mengambil alih jawatan awal Januari tempoh hari. Tapi harapan hanya tinggal harapan… kecewa, hancur bancai juga akhirnya kerana SPR masih lagi dengan sifat anjingnya yang patuh pada tuan gerombolan ataupun bersifat seperti lembu yang hidungnya di cucuk tali… untuk diheret kemana saja oleh tuannya yang bernama si samdol Gerombolan Parti Rasuah... adus… kenapa harus jadi begini… bro…
Itulah fungsi SPR sebagai salah satu daripada parti komponen gerombolan parti rasuah yang sedang pening kepala memikirkan cara dan pendekatan yang terbaik bagi mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.
Kenapa takut ke… dengan kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang boleh menengelamkan penyokong gerombolan parti rasuah…, kenapa sudah belajar dari pengalaman ke… sambutan terhadap parti gerombolan tak sehebat parti lawan.
Punyalah banyak parti komponen dalam gerombolan pun masih takut lagi ke…, utusan meloya, berita hairan, rtm, tv3suku dan semua mak nenek yang gerombolan parti rasuah kuasai, dan selalu melaporkan sokongan terhadap gerombolan parti rasuah semakin bertambah dengan ramainya penyokong dan ahli dari parti lawan yang keluar untuk masuk gerombolan parti rasuah, itu pun masih kecut telur lagi ke… kesiannya....
Macam ni saja, apa kata komponen parti gerombolan yang bernama parti polis tu buat sekatan jalanraya untuk para penyokong dari luar sejauh 150km radius dari kawasan DUN Penanti, hanya mereka yang dari Badan-Badan Kerajaan sahaja dibenarkan masuk.
Dan untuk penyokong dari kawasan tempatan hanya 10 orang saja penyokong dari Pakatan Rakyat dibenarkan hadir pada hari penamaan calon, semasa pengundian dan keputusan rasminya pula diumumkan di tengah bendang sawah padi, tak pun dalam hutan paya bakau atau hutan nipah yang berselut.
Amacam… best tak cadangan tu, dah tentu dan kompom Pakatan Rakyat kalah punya… sebabnya petugas dan penyokong yang membantu mengawal kawasan pengundian tak ada, jadi senang la gerombolan nak projek bagi memastikan kemenangan…
Tak caya ke… tanya Awang Adek… katanya. "Bila dah pilihan raya, jadi semua badan kerajaan dan badan keselamatan tertumpu di sana."
Selanjutnya rujuk Mstar Online
Isa: Inilah jibraun abad ke 21… yang banggang lagi menyesatkan… Tak ada kerja lain hanya untuk membodohkan rakyat.
(CF-http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/)
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment