Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 15, 2009

Kereta Mahfuz dicuri di Kota Bharu


KUALA LUMPUR, 14 April : - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu Harakahdaily, keretanya dicuri ketika beliau berada di Kota Bharu semalam.

Kereta jenis Rexton 270 bernombor pendaftaran MAR 4555 hilang di hadapan sebuah hotel di Kota Bharu selepas Mahfuz menghadiri satu undangan ceramah di sana.

Beliau memaklumkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu berhubung kehilangan tersebut.

Namun Mahfuz memaklumkan tiada barangan penting dalam kenderaannya yang hilang.

"Yang ada hanya keropok dan kain-kain baju kawan saya yang ikut serta dengan saya ke Kota Bharu,"katanya. Harakahdaily.

0 comments: