Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, April 14, 2009

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi?

PUTRAJAYA 13 April — Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Datuk Noh Omar berkata beliau yakin pembangunan usahawan Bumiputra tidak akan terjejas walau pun kementerian itu dibubarkan.

Malah, katanya, pembangunan usahawan Bumiputra akan lebih terbela apabila agensi di bawahnya disusun semula dengan lebih terancang untuk mengelakkan pertindihan peranan dengan kementerian lain. “Yang tidak ada cuma kementerian, dan kementerian hanya sebagai penyelaras kepada agensi ini.

(Jadi) walau diletakkan di mana-mana kementerian pun, peranan agensi itu yang penting, selagi peranan agensi itu tidak diubah maka Bumiputra akan terbela,” katanya kepada pemberita di majlis perpisahan beliau dengan warga kementerian itu di sini hari ini. — BERNAMA - Uusahawan Bumiputra lebih terbela dengan penyusunan semula


Uusahawan?

Salah eja? Ini juga menunjukkan minat sebenar orang Melayu di Utusan Malaysia berkenaan isu ini. Kalau berita artis, tentu tidak jadi begini bukan?

Maaflah, orang macam saya memang tak peka langsung dengan kewujudan dan pembubaran kementerian ini. Mungkin tidak ada keberkesanannya? Atau pun mungkin tidak wujud sebarang skandal panas seperti kementerian kesihatan (seks bebas) dan kementerian pertahanan (Altantuya & Nuri/Sukhoi/Scorpene)?

Jika diteliti, kementerian tersebut adalah untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Bagi saya, jika diwujudkan 5 buah lagi kementerian seperti itu pun, usahawan Bumiputera mungkin tetap begitu juga.

Kenapa? Kerana kita tidak memiliki kilang sendiri. Kita tidak berupaya mencipta produk sendiri. Produk yang mampu menjamin kekukuhan ekonomi negara. Kita banyak menjual produk orang lain dan ini bukan sahaja dilakukan oleh kita rakyat biasa, tetapi para menteri juga. Mereka lebih bodoh kerana tidak berwawasan dalam menjamin masa depan kita semua. Apa yang mereka tahu, hanyalah pesan produk tertentu yang dilapisi ramai orang-orang tengah (yang lazimnya kroni-kroni mereka), sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta duit cukai rakyat.

Inilah akibatnya, apabila para menteri kita hanya tahu berfoya-foya dengan duit cukai rakyat. Lebih cerdik lagi menteri Cina, yang rata-rata mereka tidak beragama Islam pun. Mereka membeli bangunan dan menyewakan pada kaum mereka untuk berniaga. Ini adalah fakta. Lihat Plaza Lowyat dengan mata kepala anda sendiri. Walaupun mereka ini disokong oleh produk dari negara Tanah Besar China, Taiwan dan Singapura, tetapi apa yang perlu kita ambil, ialah inisiatif mereka yang realistik ke arah kemajuan.

Saya yakin, bukan semua orang Cina di Malaysia bijak-pandai. Mereka ada yang tidak sekolah tinggi pun, bahkan ada yang berlatarbelakangkan jenayah berat. Tetapi mereka berupaya menggunakan kekayaan atau pun dana mereka untuk memajukan diri mereka. Kita ambil contoh, bengkel motorsikal. Pemilik bengkel tidak tahu langsung cara-cara membaiki motorsikal. Begitu juga anak-anak pemilik bengkel itu. Tetapi, Yamaha tahu cara-cara itu. Dengan berbekalkan duit loteri, mereka memenuhi syarat Yamaha dengan membeli puluhan motorsikal dan membuat perjanjian dengan Yamaha supaya anak-anak mereka dilatih sehingga mahir.

Ya, kita tahu Yamaha bukan motor buatan Cina. Tetapi mereka sedang menuju ke arah itu. Ini baru cerita Cina di Malaysia, belum Cina komunis di Tanah Besar China di sana.

Kita? Melayu yang berasal di sini bagaimana? Mana ada Tanah Besar Melayu untuk menjamin ekonomi kita? Kalau ada pun, orang Arab yang seagama di Timur Tengah. Para pemimpin kita hari ini barulah nak sedar dan nak berurus niaga dengan Iran, UAE, Kuwait, Qatar dan lain-lain. Mereka harus bangun dari tidur mereka dan mereka juga harus berani untuk menunjukkan keindahan Islam serta menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam (terutama UK dan AS).

Jika kita tidak menyedarkan mereka yang senang-senang bersuka-ria dengan wang cukai kita, kitalah yang akan menjadi mangsa globalisasi. Sehingga hari ini, kerajaan UMNO ini masih menyalahlah kita dan mereka dilihat tidak akan berhenti selagi mana kita tidak menggulingkan mereka.

p/s: Apabila kita makin maju, makanan makin mahal atau makin murah? Jawapannya di tangan anda para pembaca. Jika anda tanam sendiri dengan air perigi, ianya tidak mahal dan tidak juga murah. Sebaliknya ia percuma..

(CF: http://hanief.blogspot.com)

0 comments: