Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, April 16, 2009

Apa Itu Habeas Corpus?

Artikel 5 (2) - Malaysia Constitution

(2) Where complaint is made to a High court or any judge thereof that a person is being unlawfully detained the court shall inquire into the complaint and, unless satisfied that the detention is lawful, shall order him to be produced before the court and release him.

- - - - - -

(2) Apabila ada aduan dibuat kepada Mahkamah tinggi atau hakim, ke atas individu yang ditahan kerana tidak mengikut undang-undang, mahkamah boleh menyiasat berkenaan aduan itu melainkan ada kepuasan hati, di mana ia suatu penahanan yang sah mengikut undang-undang. Individu boleh memberi keterangan pada mahkamah kemudian dilepaskan. - Malaysia Constitution

Bila dengar perkataan Latin ini, saya terasa ia sesuatu benda untuk orang-orang bijak-pandai sahaja.

Makna Habeas Corpus
Habeas Corpus suatu perkataan Latin yang bermaksud you should have the body. Ia suatu hak untuk bersuara di mahkamah. Apabila kita ditahan atau disabitkan dengan sebarang tuduhan, kita boleh membela diri di atas Habeas Corpus.

Kes Altantuya & Habeas Corpus
Najib heboh sekali dengan ungkapan Habeas Corpus ketika pilihanraya kecil. Dia juga menyarankan supaya Kes Altantuya tidak menjadi bahan ceramah sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai kerana ianya suatu Habeas Corpus. Ini membawa erti bahawa Najib, punya hak dalam membela diri di mahkamah. Tetapi pernahkah dia di bawa ke mahkamah berhubung kes itu? Rasa saya, tidak sekali pun. Satu berita dia naik-turun mahkamah pun tidak kelihatan di kaca TV.

Kes Liwat Anwar & Habeas Corpus
Jika anda para pembaca masih ingat, tatkala pilihanraya kecil P44 (Permatang Pauh), kes liwat telah menjadi senjata Barisan Nasional. Pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan imej bersih Datuk Seri Anwar Ibrahim. Media arus perdana juga turut melancarkan propaganda. Tiada sebarang larangan hebahan mengenai kes ini seperti kes Altantuya. Bahkan, yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu ialah Najib dan Saiful Bukhari. Apa ini tidak jelas lagi bagi anda untuk menilai siapa itu Najib? Apakah tuduhan-tuduhan bersabit kes liwat kedua ini tidak punya Habeas Corpusnya?

Ada yang mengatakan layanan kes liwat agak berlainan dengan kes-kes lain. Kerana itulah ia menjadi senjata politik bagi Mahathir dan Najib bagi menjerat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ISA Anti-Habeas Corpus
Jika dilihat, ada satu undang-undang seperti ISA yang bertentangan dengan Habeas Corpus. ISA membolehkan seseorang itu ditangkap dan ditahan di suatu tempat tanpa sebarang kebenaran untuk membela diri, sehinggalah ada kata putus dari tuan ISA. Siapa tuan ISA? Perdana Menteri. Kerana itulah, hanya Perdana Menteri boleh melepaskan tahanan ISA. Begitu juga di Amerika Syarikat, di mana penahanan pengganas 11 September 2001 oleh Bush dilakukan. Habeas Corpus bagi pengganas-pengganas itu dilenyapkan sama sekali untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Undang-undang Ciptaan Manusia
Bagi saya, undang-undang ciptaan manusia ini, kurang dihormati apabila si pemimpin melampaui batas. Di dalam cakerawala ini, manusia seperti kita tentu tertanya-tanya siapakah pemimpin yang mencipta cakerawala ini? Kebanyakan kita menamakan pemimpin ini sebagai Tuhan. Jadinya Tuhan yang menjadi jurutera cakerawala ini tentu tahu undang-undang untuk manusia. Kita sebagai orang Islam telah dianugerahi Al-Quran yang terkandung ayat-ayat Tuhan. Ayat-ayat Tuhan ini diwahyukan kepada Nabi-nabi kita dan kemudian dibukukan oleh para sahabat sebagai petunjuk kepada semua manusia.

(cf- http://hanief.blogspot.com)

1 comments:

Anonymous said...

Hi everyone.... A little update from me... Free Shipping on Bathroom Vanities, Affordable Prices. Buy at http://www.listvanities.com
All Bathroom Vanities Save up to 50%