Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, April 18, 2009

Pejuang Atau Pengkhianat ~ malaysiakini


Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British (Jww Bitch - ejaan sengaja disalahkan) kemudian disusuli dengan libasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.

Perjuangan besar mereka ini kerana menentang kekejaman Pemerintah pada masa itu. Orang-orang Melayu telah bersatu kerana sudah tidak tahan dengan peraturan dan cukai yang dikenakan oleh penjajah kepada orang Melayu.

Asas penentangan mereka adalah kerana undang-undang yang zalim, menekan rakyat, diskriminasi agama, serta menjajah pemikiran anak Melayu. Kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintahan British menyebabkan pahlawan-pahlawan Melayu bangun berjuang diatas nama membela keadilan dan menuntut kemerdekaan.

Asas penentangan ini mengatasi isu kedatangan British kerana sekiranya British adil dan membela rakyat sudah tentu pahlawan Melayu tidak akan menentang British. Oleh kerana pemerintahan British yang menekan rakyat maka bangunlah pejuang-pejuang Melayu seperti Dato Maharaja Lela,Dato Sagor dan Pandak Indut.

Itulah sebahagian dari sejarah, dan jika sekiranya semua pejuang-pejuang Melayu yang suatu ketika dahulu berjuang menentang penjajahan British masih hidup di zaman ini, adakah mereka juga akan ditangkap dan disumbat ke Penjara Kemunting (ISA).

Siapakah pejuang tulen yang menentang penjajah untuk mendapatkan Kemerdekaan, adakah nama-nama tersohor seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi yang akhirnya dilabelkan sebagai pengkhianat.

Atau pun Parti Pekembar (Lama) yang berjuang mendapatkan Kemerdekaan bersyarat yang kekal hingga ke hari ini, dengan meninggalkan sistem kapitalis yang menghancurkan bangsa dan agama. Paling menyedihkan apabila sistem yang digunakan oleh Pekembar (Lama dan Baru) ini sudah sebati dengan Pemimpin mereka yang terlebih British dari orang-orang British sendiri. Itulah kesan penjajahan British yang masih kekal sehingga kini.

Sehingga berjangkit dan terpalit pada semua Badan-Badan serta Agensi Kerajaan yang sepatutnya berkhidmat kepada negara dan rakyat, tetapi bersikap khianat kerana tidak dapat membezakan antara berkhidmat untuk kerajaan atau parti politik pemerintah yang menaungi kerajaan.

Isa: Tukarkan persepsi anda antara perjuangan atau pengkhianatan bangsa dan ugama, jangan kita dibelenggu dengan dakyah penipuan sejarah yang diputar belit oleh puak orientalis yang dulu, kini dan selamanya berbeza pada kulit tetapi sama pada dasarnya.


(CF-http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/)

0 comments: