Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, April 12, 2009

ADUN TOLAK MB DI TERENGGANU

KEMAMAN, 12 April (Hrkh) - Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakyat Terengganu sejak hampir empat bulan lalu kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato� Ahmad Said semakin menjadi kenyataan.
Iklan




Justeru, satu amaran 'keras' terpaksa dikeluarkan oleh MB Terengganu tersebut terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang berhasrat berbuat demikian.

Dato' Ahmad berkata mana-mana di kalangan Adun BN Terengganu yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya akan berdepan dengan tindakan disiplin termasuk dipecat.

"Ya, jika usul itu datang dari pihak pembangkang (PAS) kami (BN) dalam kerajaan akan menolaknya. Tetapi jika, ia (usul) dibawa (kemukakan) oleh wakil rakyat Barisan Nasional, dia (Adun) akan dipecat, itu biasalah.

"Jika usul (undi tidak percaya) itu dapat sokongan, kita (saya) akan bubar dewan (Dun Terengganu) itu sahaja. Kita (BN) terpaksa menerimanya kalau dia nak (hendak) buat..apa nak kata," tegasnya ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, di Bukit Takal, 11 April lalu.

Dato' Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah satu perkara yang serius.

Selain itu, mengulas 'khabar angin' yang sama akan berlaku perubahan jawatan beberapa Menteri Besar termasuk di Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato� Ahmad Said enggan mengulas lanjut.

Beliau menjelaskan tidak mengetahui apa-apa tentang hal 'khabar angin' (cadangan) bakal berlaku pertukaran Menteri Besar tersebut dan terserah kepada Tuanku.

"Itu (tukar Menteri Besar) saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya dengan Tuanku sendirilah," ujarnya dengan menyelar pihak media yang sering kali menggembar-gemburkan isu yang tidak sahih dan 'khabar angin'.

Khabar angin di negeri ini semakin kuat mengatakan terdapat usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Adun Barisan Nasional (BN) pro-mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh.

Usul tersebut dikatakan akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bermula Isnin (13 April) ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman. - mns_

(sumber harakah daily)

0 comments: