بسم الله الرحمن الرحيم
Mamat Khalid, Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida antara 500 ahli baru UMNO Ipoh Barat
Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mencetuskan trend positif apabila semakin ramai rakyat terutamanya dalam Parlimen Ipoh Barat menyertai parti keramat orang Melayu iaitu UMNO.
Terbaru, pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan ahli perniagaan yang juga artis, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida turut mengambil keputusan menyertai UMNO.
Exco Kanan negeri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, UMNO adalah parti keramat orang Melayu kerana tiada parti lain selain UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu dari segi agama, bangsa dan tanahair sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jom Sertai Umno adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, diketuai oleh Syamsul Baharin Putra yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga Greentown Square, malam tadi.
Kira-kira 500 ahli baru turut diterima masuk menyertai UMNO pada majlis itu yang disempurnakan oleh Hamidah yang juga merupakan Adun Sungai Rapat.
Dalam perkembangan sama, Hamidah menjelaskan, selepas pilihanraya negeri Sarawak, UMNO menerima banyak permintaan terutamanya daripada orang muda yang berminat untuk menyertai parti berkenaan.
Perkembangan itu katanya, amat dialu-alukan oleh UMNO kerana dalam situasi hari ini, orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan hak mereka di bumi Malaysia.
“Orang muda juga amat diperlukan sebagai pelapis untuk menggantikan pemimpin yang sedia ada apabila tiba masanya kelak,” katanya lagi.
Menurutnya, keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang memihak kepada BN antara faktor utama yang menimbulkan kesedaran kepada orang muda untuk menyertai UMNO dan beliau menjangka lebih ramai akan menyertai parti terbabit selepas ini.
Sementara itu, AC Mizal yang ditemui pengamal media sejurus program selesai berkata, beliau bersedia untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya umum ke 13.
“Saya bukan masuk UMNO untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya juga bersedia membantu jentera UMNO untuk menarik lebih ramai ahli baru masuk ke dalam parti ini dan sama-sama bergiat cergas,” katanya. - Perak2day
Komen dari seorang orang kuat umno: ini pandangan ikhlas saya..tolong jangan libatkan si ac mizal & the family dalam kempen utk pru13 nanti..akan datang masalah yg sangat besar..dia akan jadi liabiliti umno di kawasan tu sbb dia ni kan ada kes penipuan gelang..baca blog aidid muaddib dan nilaikan lah sendiri..sbb sy terlampau syg kan umno dan BN lah saya kongsi pendapat saya..jgn umno kalah di ipoh barat nanti sbb AC..
Note: Njit njit semut sape sakit naik atas...Kah kah kah kah.. umno tungging terbalik nak cari artis yang sanggup menyatakan sokongan pada dia.. kah kah kah kah.. Bob Lokman masuk PAS sebab nak keluar dari dunia maksiat.. mangkok 3 ekor ni nak keluar dari mana? kah kah kah kah.. Katanya nak satukan orang melayu kerana hanya UMNO yang boleh satukan melayu... hanya umno parti keramat melayu yang boleh membela org melayu.. Kah kah kah kah.. ayat paling bangang dari seorang YB (hamidah) dah dari 3 kambing hitam.. kah kah kah.. kat semenanjung ada mamak, baba, bugis, serani, minang, jawa, orang asli sakai, temia, penan, jakun, semai dan banyak lagi suku kaum yang mengangotai umno.. di Sabah ada dayak, kadazan, dusun, sungai, bajau, kedayan, bisaya dan banyak lagi suku kaum yang mengangotai umno... Bila masa pula bangsa dan suku kaum boleh main tukar-tukar? kah kah kah kah.. Umno nak perjuangkan Melayu saja.. yang lain ni semua nak letak kat mana? kah kah kah kah... Pemimpin umno kata UMNO perti Melayu.. penyokong umno pun percaya.. yang bodohnya penyokongnya tak tahu kalau pemimpin mereka menipu mereka.. yang lagi sedapnya.. dia sendiri terlupa yang dirinya sendiri pun bukan org melayu... kah kah kah kah... mungkin sakai agaknya... kah kah kah kah..
Note: Mempertahankan hak melayu di bumi Malaysia? kah kah kah kah.. lawak.. lawak.. apa jasa pemerintah umno? tanah melayu bagi kat singapura.. bagi lagi pulau batu putih pada singapura.. bagi lagi tanjung pagar pada singapura.. bagi lagi tapak penjara pudu pada pelabur singapura.. bagi lagi tanah TUDM pada cina jo taek lo.. bagi lagi bukit genting pada lim goh tong.. bagi lagi wilayah iskhandar pada singapura.. kah kah kah kah.. tanah milik melayu kat malaysia ni tinggal tak sampai 1/3 jer.. 54 tahun umno memerintah bersama Be End kenapa habis semua milik melayu tergadai? Selama 54 tahun UMNO yang kononnya mempertahankan hak Melayu tapi saham milik bumiputera daripada RM54 billion kini tinggal janya RM2 billion saja... mana perginya RM52 billion saham bumiputera tu? kah kah kah kah.. adakah itu yg dinamakan umporno mempertahankan hak Melayu? kah kah kah kah.. menjahanamkan hak melayu ada la.. kah kah kah kah.. penyokong umno tahu ni ke? kalau dia tahu ini semua dah tentu la dia pun x nak sokong umno... kah kah kah kah.. kalau semua rakyat bijak dah lama UMNO terkubur.. tapi kerana adanya manusia yang bodoh-bodoh alang inilah umno masih lagi bertahan... kah kah kah kah...
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
7 comments:
Jika lebah madu, madu lah akan dicarinya,
tapi jika kumbang najis, tentulah akan pergi pada najis...
Macam MB mahkamah mereka cakap
Bengong,Bahalul,Bangang,Biul,Bodoh
semua kena kat depa!!
Apa kelebihan UMNO bagi puak deme ni...cuba cerita,cerita,cerita...kita bakor je....plawak,plawak,plawok...
kah kah kah!umno bn gila bodo
betul tu...
kalau yang artis alim2 kononnya masuk pas bukan main sanjungan kau orang.
apa alim benar ka diaorang tu.
bagaimana dosa-dosa dia org dulu.
cukup ka dengan bertaubat....
dosa kita dgn Allah mungkin Allah ampunkan, bagaimana dosa dia org degna manusia.
Berapa ramai anak2muda lelaki dan perempuan yang dah rosak era zaman keagungan artis alim kau org tu.
cukuplah alim tu tak perlulah nak dipertontonkan atau diperbesar2kan tiada siapa yang untung.
kalau niat kau org bukan kerana Allah sebaliknya hanya untuk bermegah-megah dengan jubah,serban,janggut dan dahi lebam dan bukan bertujuan untuk membela saudara seagama,fikir2lah sendiri hukumnya.
jgnlah jadi hipokrik dalam agama.
Sekurang2nya dia dh tobat dan menyatakan kekesalannya dan lebih2 lagi berjuang utk betulkan kesilapan..
tapi yg puak satu lg nu sedar ke x yang depa baru keluar dari pigsty masuk pula ke dalam loji kumbahan?
sudah terang lagi bersuluh, kenapa masih ada yang berdalih?
Post a Comment