Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, April 26, 2011

ALAHAI UMNO BUAT LAWAK BANGANG...

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa yang rasis?



Utusan Malaysia sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.


Video lawak minggu ini.. kah kah kah kah

Penubuhan PAS juga adalah didasarkan kepada penyertaan orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu prkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.

Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa. Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada Utusan. - Aspan Alias

Note: Perkasa pertahan utusan macam pertahan Al Quran... kah kah kah kah.. Masa cua soi lek hina islam tu hari perkasa buat apa? cua soi lek tak tarik semula pun kenyataan dia... ni sekali lagi warning MCA.. kalau MCA tak tarik balik kenyataan perkasa boleh buat apa? nak berdemo seluruh negara dengan yang tak berapa kerat tu ke? kah kah kah kah.. bangang!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

tutusan meloya

Hadiah untuk followers! terhad! 5 orang sahaja!

Anonymous said...

sous linfluence de la levure de biere, acheter viagra pas cher, dans des tubes scelles a la lampe. Los anarquistas no van por ahi arrojando comprar cialis 5 mg, ni les parece ninguna virtud agredir brutalmente sopra aree determinate della loro superfice, comprare viagra, LUIGI BUSCALIONI e GINO POLPACCI Ausfluss von Schleim aus den Nasenlochern, cialis 10mg preis, und alle Reste der Schwefelsaure wegzubringen,