بسم الله الرحمن الرحيم
Video seks bahagian kedua di Youtube
Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.
NONEMalaysiakinidifahamkanbahawa video yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.
SemakanMalaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."
Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.
Beberapa pihak mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.
Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.
Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
10 comments:
Assalamualaikum,
Serupa tapi tak sama....
teruskan lah fitnah anda BN!
AKHBAR-AKHBAR MELAYU AKAN BUNGKUS TANPA BERITA SEX,ROGOL DAN ARTIS TERLAMPAU ! MINDA TANDAS AKHBAR ARUS JAHILIAH SEKUTU APCO !
permainan belaka...
masih tak habis cerita bodoh dalam media.. media kawalan bn akan bungkus nanti
motis masa nih sebenar nak masukkan jugak anwar dalam lokap, baru boleh pilihanyara di jalankan. Nak cari jalan jugak macamana nak sabitkan anwar nih dgn kesalahan yg direka cipta
macam dulu2 jugak la ni
taktik lapok
Terlalu jauh bezanya intergriti pasukan polis negara kita dengan pasukan polis negara Indonesis yang dikatakan mundur/miskin oleh kepimpinan negara kita. Di Indonesia penyebar video seks yang dikenalpasti pastinya akan dirtangkap dan merengkok dalam penjara. Di Msia pula boleh senang2 pulak penyebar video seks ni membuat sidang media sesuka hati. Punya lesen eksklusif drp kerajaan. Hahahahaha..... Terlalu majunya sistem negara Msia. Betapa jahananamnya sistem negara kita di tangan kepimpinan BN.
Salam bujang,
Aku sudah meluat dan fedup baca pasal video seks DSAI....dah terang-terangan gambar celaka mana yg mirip DSAI pun boleh kita kenali jadi ISU HANGAT sampai menjejas minda rakyat Malaysia yg berserabut dengan bermacam-macam masalah.
cara pkai suar pon dah nampak 'berlakon'..haha
they are not good actor n actress
(sy xtgk video ni, just tgk pic yg BUJANG SUSAH upload kan jer)
Post a Comment