Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, July 11, 2011

POLIS BELAKANGKAN PERKENAN AGONG

بسم الله الرحمن الرحيم

'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.



Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.

patah kaki"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.

"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."

Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka. - Mkini



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Cik Melor said...

salam.

1. polis tu jahat tul nak kene sekek sekor2 kat allah baru dia org tau.

2. widget follower melor hilang tetiba macamana nak dapatkan balik?

3. apa itu "menu tool menu alat" kat menu bar chrome. melor tak jumpa cari benda tu la. nak try cuci cookies kat chrome tak boleh lagi. pc melor dah semakin teruk la

Anonymous said...

Aduhai bahasa laporan yang kalau Sasterawan Negara membaca akan membuatkan beliau menggelengkan kepala.

Anonymous said...

polis dah beri amaran jangan libat kan diri dgn demontrasi bersih, hangpa nak p gak...... kenapa nk salah kan polis? bila masa Yang di-Pertuan Agong benarkan depa berdemo..... ahak ahak ahak lawak2

Anonymous said...

Melor..
Camana Allah sekek tu Melor pakai tangan kah?
Allah ada tangan kah Melor?

Anonymous said...

anjing2 umno dah menyalak jgn buat demo angpa berdemo gak kahkahkahkah najis mughallazah betullah anjing2 umno ni