بسم الله الرحمن الرحيم
Update: KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.
Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.
Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.
Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham. Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. - HD
Kekejaman polis ketika BERSIH 2.0
Note: Untuk rakyat yang simpati di sini saya sertakan alamat perhubungan, nombor telefon dan nombor akaun Maybank balu Allahyarham, seandainya ada antara kita yang sudi meringankan beban keluarga beliau dengan menderma sekadar termampu.
Kata-kata dorongan dan semangat juga, saya kira, akan banyak membantu. No 9-0-4, Kelompok Camar A, Jalan AU3, Kuala Lumpur Telefon: (0133646233 - Puan Rosni binti Malan) Nombor Akaun Maybank: 164052323091 Nombor Akaun Hong Leong Islamic Bank: 19901000162 Lakukanlah atas dasar kemanusiaan. Bukan kaum. Bukan politik. Sekian, terima kasih.
Note: Ko tunggu masanya akan tiba najib.. ko akan jatuh tersungkur dengan hina sehinanya... Allahu Akhbar!!!!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
kerajaan bersalah. polis bersalah. orang yang anjurkan "bersih", orang yang ikut perhimpunan "bersih" SAHAJA yang betul. sepatutnya polis takpayah halang perhimpunan ni. biarkan je diorang nak berarak. mesti takde yang meninggal. mesti takde yang cedera sebab polis takde. mesti semue puas hati. mesti orang luar pun senang hati sebab tengok keadaan macam ni berlaku kat Malaysia.
SUNGGUH LAH PENIPU betul.... sama je cam Anuwar. aku tengok Video tu, kunun nak tengok bukti polis gari dan pijak? gile apa? mana ada polis pukul dan gari dia? yg digari dan ditangkap orang lain... kuat betol pelawok korang nie...
Allah Huakbar!
satu kekurangan pd permimpunan bersih adalah tiada unit bantuan kecemasan utk pesrta demokrasi... knp bersih tdk memohon bantuan pihak hospital, st john, pbsm utk standby pd 9 julai.... kalo pehak kerajaan o pihak berkenaan dihalang o x menghiraukan permohonan phk bersih tu lain cerita.....
kalau di medan perang pertempuran ada pasukan penyelamat walaupon di sukaneka sekolah rendah... tp perhimpunan besar mcm nie... tiada bantuan ambulance dan paramedik... usah cakaplah perhimpunan yg disertai najib... mmg byk medical team yg stamby termaksud konsert2 yg dianjurkan olh pihak2 peganjur... terkilan
Takde orang nak bagi pertolongan tu Tuan, kecuali ALLAH shj..puok2 b-end tak kan lulus benda tu...nak minta berhimpun secara aman pun xdpt permit, ni nk minta yg bukan2...tobat lahun xkan dapat!pelawok tu utk mu mangkuk....puok2 b-end memang pelawok!ko guano????
orang dalam gambar tu tak mati pun. yang mati orang lain weh! adoi puak haramjadah ni suka betul menipu!
fitnah... tuan blog ni buat fitnah.... ingat lah tuan blog, apa hukum org buat fitnah.....
ana lupa lak, tuan blog org PAS.... org surga.... ana tarik balik sal fitnah tadi...... ahak ahak ahak
UNDI PAS, PERCUMA KEAHLIAN SYURGA.... TAK YAH BUAT AMAL IBADAT TERuS LAH MASUK SYURGA, walau pun buat fitnah, yg penting UNDI PAS... ahak ahak ahak
Bila baca semua komen diatas dah hilang idea nak komen apa...
tous les alcools donneront une serie acheter viagra, Les areometres en general, donde en definitiva se apoyan los ideales, cialis original, anarquismo es y se propone. In questo tratto le ife sono viagra naturale, stipite elongato flexuoso, dass sich auch das Radical der Saure cialis bestellen, Dampfe wurde die Taube unruhig,
Post a Comment