Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, July 14, 2011

BERSIH 3.0: ROSMAH KANTOI SPRM KETAQ LUTUT

بسم الله الرحمن الرحيم





Note: Dalam masa rakyat di bebani dengan segala macam kenaikkan harga barangan keperluan semasa, isteri Menteri Perdana malaysia selesa membeli sebentuk cincin berlian yang berharga 27 juta. Yang lagi kantoinya cincin itu tidak langsung dikenakan cukai oleh kastam di raja malaysia.

Note:Tak kisahlah kalau dia nak beli atau pakai apa pun. Itu hak dia.. Masalahnya mana dia dapat duit sebanyak itu? Rakyat di paksa membayar cukai.. dia yang dah hidup senang lenang dengan mudah lari dari cukai. Rakyat disuruh hidup dengan tidak bermewah-mewah dan mengikat perut.. tapi dia beli cincin sebentuk dengan harga rm27 juta. Pandai Menteri Perdana Malaysia menasihatkan rakyat tp takut pada bini sendiri. Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat?



Untuk siri pendedahan yang lebih terperinci sila klik di SINI

Note: Bayangkan rm27 juta ringgit berapa ramai keluarga yang hidup susah dapat dibantu.. bayangkan berapa banyak beras yang mampu dibeli oleh keluarga-keluarga miskin yang terkadang hanya berjumpa nasi beberapa hari sekali dengan duit 27 juta itu?

Laporan kepada SPRM telah dibuat. Adakah anda semua fikir SPRM berani menyiasat Rosmah? kah kah kah kah.. jika anda kata YA.. bermakna anda menipu diri anda sendiri.. yang pastinya kes ini baru bermula tetapi boleh dikira sudah selesai oleh Rosmah dan Najib.

Disini saya ingin memberi sedikit kesedaran buat para pembaca.. adakah anda semua akan memilih pemimpin seperti Najib yang cakap tak serupa bikin lagi pada PRU13 nanti? Saya percaya ramai dikalangan pembaca akan berkata TIDAK.. Tapi tahukah anda semua.. selagi SPR tidak dibersihkan janganlah kita semua bermimpi di siang hari. Biar berpuluh lagi pilihanraya kita tetap akan kalah. Kita semua akan terus menanggung kesusahan hidup demi kerana untuk menyenangkan isteri Menteri Perdana Malaysia.



Jadi apa tindakan kita?

Seperti kata Nik Aziz.. jika ada BERSIH 3.0 selagi SPR tidak mahu menerima 8 tuntutan kita akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihanraya yang adil dan juga membuktikan kepada Najib bahawa rakyat benci pada Barisan Nasional gaya pemerintahannya.



Soalan?

Adakah anda semua akan turun jika ada BERSIH 3.0 ? Anda takut di ugut? Anda takut ditangkap, disembur air kimia, ditembak dangan gas pemedih mata, ditembak dengan peluru getah dan dipukul dengan cota?





BERSIH 3.0



BERSIH 2.0 menyaksikan ratus ribu yang menyertainya termasuklah golongan wanita, pelajar, anak-anak kecil, warga emas, OKU, berbagai peringkat umur, bangsa dan agama.. mereka semua sanggup berdepan apa saja demi untuk bersihkan SPR juga perubahan kehidupan untuk semua . mereka semua hidup dalam tekanan.. mereka semua mahukan kehidupan yang lebih selesa dan sempurna.. yang kita lihat mereka lakukan kerana ingin membela diri, anak, isteri serta keluarga mereka.. yang kita lupa, meraka juga lakukan itu demi membela diri, anak, isteri serta keluarga kita semua..









Adakah kita semua sedar? Adakah kita lebih penakut dari golongan wanita yang lemah gelamai? Adakah kita lebih dari anak-anak kecil? Adakah kita lebih lemah dari warga emas? Atau adakah kita lebih cacat dari OKU? Jika jawapan kita adalah 'YA' kita memang patut duduk di rumah saja menonton TV sambil mengharapkan kehidupan ini akan berubah menjadi lebih sempurna atas ihsan mereka-mereka golongan wanita, pelajar, anak-anak kecil, warga emas serta OKU yang berjuang bermati-matian untuk kesenangan hidup kita sekeluarga.

Wallahualam.



Note: Adakah anda akan bersama kami di BERSIH 3.0 ?


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Lana~Bulu said...

Hebat....
27 juta..???
betoi ka?
itu harga make-up kot...
ish3...
Kalau lagu ni punya hal..lagu manalah dgn yg lain2nya...
bersih 3.o mesti lagi ramai...

Captain said...

rosmah kan boss PERMATA! . Mesti nak pakai permata yg mahal-mahal. Mcm Imelda Marcos of Philipine..

Aku bajet tak pernah cukup..bedebah sungguh pompuan ni.

dhiya' said...

insyaallah
walaupun diugut dengan pelbagai cara,semangat utk memperjuangkan hak tidak semudah itu utk luntur..Bersih 3.0,kami TUNGGU!

Anonymous said...

bapak yang bangang....anak kecik2 lagi dah diajar buat benda2 bodoh....