Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, April 13, 2011

LAGI PEMIMPIN UMNO DITANGKAP BASAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Panas !! Pemimpin Umno Kelantan Kena Tangkap Basah

Seorang pemimpin Umno Kelantan malam kelmarin ditangkap basah dengan seorang gadis bawah umur ketika para blogger parti isu mengfitnah wakil rakyat PAS ditangkap basah sebelum ini.

Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) memberitahu, pemimpin Umno Bahagian Tanah Merah yang dalam lingkungan umur 54 tahun ditangkap dengan seorang juvana berumur 16 tahun dalam keadaan berkempan (separuh bogel) yang dipercayai telah disetubuhinya.

Pemimpin Umno terbabit ditangkap oleh sekumpulan anggota Rukun Tetangga (RT) yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail di sebuah hotel bujet di jajahan Tanah Merah.

Seorang anggota pencegah maksiat memberitahu, pasukannya mula mengesyaki pemimpin Umno terbabit apabila pemimpin itu keluar dari kamar yang disewanya ketika operasi dilakukan di kamar-kamar lain.

“Dia (pemimpin Umno) bersama pasangannya itu kemudia dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan,” ujar pegawai terbabit.

Pasangan tidak sah itu kemudiannya diikat jamin dan sedang menunggu tarikh bicara yang dijadualkan pada 18 Mei depan.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob mengesahkan mendapat aduan dan laporan mengenai tangkap basah pemimpin Umno terbabit. - bloglistpolitik


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

0 comments: