بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR 13 APRIL : BN kini dilihat semakin goyah apabila terus memperkuatkan lagi cengkamannya ke atas media arus perdana, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.
Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report serta Tv Selangor, yang menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, manakala rangkaian televisyen turut diarahkan untuk tidak menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
Menurut sumber rapat media kawalan Umno Media Prima, semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan Rakyat yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang, lapor Malaysiakini.
“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.
Tambahnya, selain televisyen, akhbar Cina juga turut diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.
“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.
“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP.-/ TVS
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
Kerajaan yang menindas rakyatnya mesti di tukar...
Post a Comment