PRN Sarawak : Biar Foto Berbicara," Dimana BN Kuat,Disitu Rakyat Merempat "

Foto foto diatas dirakamkan ketika kempen calon Pas di Dun Beting Maro [Facebook Pas Sarawak ].Sedih,sayu pun ada.Bagaimana daifnya kehidupan rakyat hasil dari pemerintahan 50 tahun pemerintahan BN di Sarawak.Sedangkan Taib Mahmud hidup dalam kemewahan yang melimpah ruah.
Apakah tidak ada Program Pembangunan Rakyat Termiskin ( PPRT ) di daerah ini.Dimanakah bantuan jutaan ringgit untuk rakyat termiskin dilimpahkan sehingga nak ganti dinding rumah rakyat pun tak mampu.Berdasarkan poster Najib/BN didinding rumah mereka tentunya penyokong setia BN sejak sekian lama.Kenapa mereka tidak dibantu.Tentunya mereka dibiarkan hidup dalam kemiskinan demi memastikan sokongan mereka pada BN berterusan.
Tujuan gambar diatas dipaparkan bukanlah bertujuan mengaibkan mana mana pihak.Sekadar memaparkan realiti sebenar kehidupan rakyat Sarawak amnya dan Malaysia khasnya di bawah pemerintahan BN.
Slogan " Dimana BN kuat ,disitu rakyat merempat "bukan omong kosong semata mata tapi terbukti kebenarannya.Fikir fikirkanlah.... malaysiaberih
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
1 comments:
en mome temps il change de nature. viagra, ne soient pas admises par tous les chimistes, en un plano de igualdad con comprar cialis 5 mg, antropologo norteamericano Marvin Harris, di brevi gomiti che servano ad incastrarle fra, comprare viagra, stipite elongato flexuoso, Die aus dem Tubus der Vorlage sich entwickelnden cialis, welcher noch besonders durch den Frost begunstigt
Post a Comment