
Sedih, syahdu dan simpati dengan nasib yang menimpa pengacara Trek Selebriti yang comel lagi handsome ini. Kemelut isu rumah tangganya bersama isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, bagaikan tiada penghujung. Terbaru (semalam) dalam rancangan gosip panas artis yang paling popular, Melodi, Jimmy berkesempatan meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai sikap isterinya.
Jimmy yang ditemubual oleh seorang wartawan Melodi ketika hadir di mahkamah bagi menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, menceritakan serba sedikit mengenai sikap sebenar isterinya yang tidak diketahui oleh individu luar. Gemar berparti, minum arak, berjudi dan kaki clubbing serta lebih mementingkan kawan-kawan daripada suami sendiri itulah sebenarnya ‘true color’ isteri beliau yang juga anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya!
Paling mengejutkan apabila Jimmy sendiri menceritakan bahawa Suhaila sanggup meninggalkan malam pertama mereka semata-mata ingin keluar berjumpa teman-teman. Bahkan, status anak yg dikandung oleh isterinya juga tidak diketahui namun sebagai seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab, Jimmy ingin membela bakal anak yg dilahirkan tanpa mengira status sebenarnya.
Mendengarkan luahan hati jejaka yang luhur hatinya ini, pasti ramai di luar sana yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dah berlaku antara Jimmy, isteri dan juga keluarga mertuanya? Adakah sewaktu Jimmy berkahwin dahulu, Jimmy belum ‘cukup’ kenal siapa bakal isterinya? Atau hipotesis lain yang boleh dibuat adakah Jimmy ‘dipaksa’ mengahwini Suhaila?
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Jimmy tabah dan kuat mengharungi dugaan ini. Lagipun, masih ramai gadis yang jauh lebih cantik, baik dan beradab di luar sana yang mahu mendampingi Jimmy!
- kafesantai
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
4 comments:
Nk buat mcmana.. benda dh berlaku..
Nak tak nk..jd kn iktibar jek la..
Cantik wajah belum tentu cantik akhlak...
Qada dan Qadar ALLAH pada HAMBAnya yang terpilih.
simpati sgt dgn dia. adakah dia kawen krn terpaksa jd pak sanggup? wallahu a'lam...
yg pelik kenapa keluarga isteri dia x berbunyi?
Post a Comment