Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, August 7, 2009

SUAMI SEKS GANAS DIHUKUM.

Bismillahirahmannirahim..


KUANTAN - Seorang mekanik yang genap usia 35 tahun dua hari lalu menerima ‘hadiah hari jadinya’ semalam apabila dihukum penjara 15 tahun serta 3 sebatan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan mengadakan seks ganas dan luar tabii tanpa kerelaan isteri, April lalu.

Tertuduh, Khairul Hisyam Abdul Kadir, dari Kampung Padang Jaya dekat sini menjadi suami pertama di negara ini dihukum mengikut Seksyen 375A yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 bagi melindungi isteri daripada keganasan suami ketika melakukan hubungan seks.

Hakim Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman penjara maksimum 5 tahun terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya itu kira-kira jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Bapa kepada seorang anak itu juga dihukum penjara 10 tahun dan 3 sebatan setelah mengaku salah atas satu lagi tuduhan mengikut Seskyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan isteri yang dinikahi sejak sembilan tahun lalu pada masa dan tarikh sama.

Kedua-dua hukuman penjara terhadap tertuduh itu bagaimanapun berjalan serentak dan bermula dari tarikh hukuman, semalam.

Dalam hujah penghakimannya semalam, Hassan mempersoalkan tindakan tertuduh yang tergamak melakukan kekerasan terhadap isterinya yang berusia 32 tahun semata-mata untuk memuaskan nafsunya untuk tempoh beberapa minit sahaja.

“Sebagai seorang suami, melakukan kekerasan terhadap isteri ketika melakukan hubungan seks sesuatu amalan janggal memandangkan wanita itu sepatutnya dibelai dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Menurutnya, titisan air mata seorang isteri ketika hadir memberi keterangan di mahkamah sebelum itu cukup menggambarkan keperitan hidup yang dilalui apabila terpaksa melayan nafsu seks ganas suami sendiri.

Tertuduh yang diwakili peguamnya, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dalam rayuannya selepas mengaku bersalah kelmarin ada menyebut sudah insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.

Dia memaklumkan terlalu rindu untuk menemui anak perempuannya yang kini berusia lapan tahun namun dibidas Hassan yang beranggapan tertuduh sepatutnya sedar perbuatannya itu lebih awal.

“Tertuduh baru menempuhi kehidupan sukar kebelakangan ini namun si isteri sudah lama menderita akibat perbuatannya yang ganas ketika mengadakan hubungan seks,” katanya.

Ber:dasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, tertuduh didakwa mengheret isterinya itu ke dalam bilik untuk mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa yang ketika itu sedang membasuh kain.

Dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Kampung Padang Jaya dekat sini, mangsa di cekik dan ditampar serta diugut tertuduh supaya menurut kehendaknya sebelum mengadakan hubungan seks secara paksa.

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan selain kesan koyakkan pada kemaluan dan dubur mangsa berikutan itu tertuduh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah itu buat pertama kali 24 April lalu. Sinar Harian


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

4 comments:

zai said...

Eeeii...ni dah bukan manusia, tak der perasaan belas ihsan kat isteri langsung, isteri bukan binatang boleh buat sesuka hati.., cuba dia plak kena buat camtu..geramnya, setakat sebat 3 rotan jer tak cukup tu..mau kena potong anu dia tu..pastu perahkan sikit limau nipis kat situ...baru padan muka.

~~Miss Mirashiko~~ said...

hmm..xsyg bini btl la.. ingt pompuan nie kucing ke men seret2..kucing pn org belai manje2 tau..

BUJANG SUSAH said...

Salam...kak.. Perghhh...akak aku ni lagi ganas rupanya... atuttttttttt............ i love you full.. ha..ha..ha..ha..


Miss yura.. kucing pun org x main seret2...

BUJANG SUSAH said...

Kak zai... xnak buang winddow roaming tu ke..? nak org ajarkan ke...?