Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Sunday, August 2, 2009

PERGHHH.... POWERNYA POLIS MALAYSIA NI...

Bismillahirahmannirahim..



Ramai yang terkejut dengan pengedaran video misteri diatas kononnya berkaitan dengan "kematian misteri" Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock baru-baru ini. Biarpun ada yang mengesahkan itu bukan video mendiang Teoh Beng Hock, namun ramai juga yang menyatakan sebaliknya. Biarpun berbagai spekulasi dan tanggapan yang dilakukan oleh orang ramai, namun bagi kami "Apakah ini caranya siasatan polis dilakukan terhadap tertuduh"?. Apakah dengan cara membelasah, memijak, menendang, menumbuk dan memperlakukan mereka seperti binatang iai dianggap sebagai "siasatan kes"?. Jika inilah caranya, maka terdapat besar kemungkinan yang Teoh Beng Hock turut mengalami senario yang sama seperti dalam paparan video di atas. Apapun enkues terhadap kes kematian Teoh masih dijalankan. Biarpun mendapat tentangan dari berbagai pihak termasuk keluarga beliau sendiri tentang cara siasatan kes itu. Namun, kerajaan UMNO dan BN berhak untuk melakukan apa sahaja. Apa yang lebih penting ialah kemelut yang melanda rakyat dalam kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Penemuan bukti DNA pada talipinggang dan baju mendiang juga kemungkinan besar memperkukuhkan lagi teori yang beliau dibelasah sebelum terbunuh seperti dalam video diatas. Namun begitu, jika inilah caranya siasatan yang dilakukan terhadap saksi dalam kes -kes tertentu selepas ini maka kami yakin ramai orang yang amat takut dan gentar untuk menjadi saksi. Apakah mendiang Teoh salah seorang daripada mereka yang diperlakukan sedemikian rupa. Biarpun video diatas dilihat saeolah-olah bukan Teoh Beng Hock, namun harus diingat bahawa mereka yang terlibat dalam adengan itu adalah rakyat Malaysia. Soalnya, saiapakah mereka sebenarnya? Apakah pegawai polis atau SPRM. Tindakan membelasah saksi dan mangsa seperti digambarkan jelas sekali membuktikan senario seperti ini memang berlaku dalam negara kita. Oleh itu, rakyat perlu bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini. Lakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang supaya mereka yang benar-benar bertanggungjawab dan faham tentang undang-undang serta perlembagaan diberi kuasa untuk melaksanakan tugasannya. Jika tidak, sudah pasti rakyat yang tidak berdosa akan terus dibelenggu dengan berbagai tindakan, kezaliman dan keganasan pihak kerajaan sendiri.


[Soalnya sekarang, dalam kes Teoh Beng Hock ini apakah benar beliau dibunuh, membunuh diri atau pun terbunuh sebenarnya?. Berbagai spekulasi timbul kini, malah ada yang percaya yang beliau memang dibunuh sebelum diletakkan ditempat dia ditemui. Alasan yang diberikan, manakan mungkin orang jatuh dari bangunan tinggi tidak terdapat kesan kederaan luaran dan percikan darah pada mayatnya. Malahan, tubuh badan dan kepalanya juga tidak retak atau pecah. Sedangkan selepas kejadian itu, terdapat seorang pelajar sebuah IPT di ibu negara ditemui mati dan kepala bersepai bila terjatuh dari bangunan tempat tinggalnya. Begitu juga dengan seorang pelajar yang terbunuh ketika melakukan aktiviti sukan lasak di sebuah sekolah baru-baru ini. Jatuh atas simen akan menyebabkan banyak kesan dan tanda. Tetapi ia tidak berlaku kepada mendiang Teoh Beng Hock. Apapun, hanya pembaca sendiri yang dapat menilai apakah video yang kami paparkan di atas adalah Teoh Beng Hock atau sebaliknya. Satu siasatan rapi perlu dijalankan untuk mengesahkan video ini, sama seperti kes "Pita Video Linggam" dulu. Soalnya, saiapakh yang wajar melakukan ini semua? ].
(CF - Pahang Daily Online)

10 comments:

rahmanw said...

salam...
kalau tak silap aku...ni kes peragut atau samun ni....

zakwan said...

Masyaallah...kalau betul mereka ni anak jantan, biarlah lawan@bertarung secara adil, ramai-ramai belasah sorang, ini menunjukan yang ramai tu semua nya pondan belaka. Samada mangsa diatas adalah mendiang Teoh ataupun tidak, kezaliman yg dilakukan oleh binatang-binatang ini tidak sepatutnya berlaku...moga Allah menberi balas yg setimpal kepada mereka...

BUJANG SUSAH said...

Salam.. mungkin la man, aku pun x pasti..

Zakwan.. klau ikut pendapat aku memang bukan Teoh pun. Mungkin klau dgr dari kata2 mereka mungkin kes ragut macam rahman cakap tu. Klau kes ragut, samun, rogol atau bunuh ker.. jangan katakan polis... aku sendiri pun nak tumpang sekaki. Cuma yg x berapa pandainya siap ambil video tu.. pastu belagak la plak bluetooh kat member2. x pasal2 dah kantoi..

Hanisham Ab Halim said...

Agak kejam tapi aku yakin ni bukan Teoh. Tapi kalo dah macam nilah cara diorang memng matilah org tu kena tibai. Kalo dah nama 5 orang pukul seorang jangan kata org. gajah pun mati..... Walauapapun POLIS malaysia memang kejam. Kalau nak sangat tengok Askar Yahudi pegilah kat balai2... Ramai Yahudi kat sana....

BUJANG SUSAH said...

huhuhu... yer ke cham?

pecinta_Islam said...

cane klu orng ni along.bunuh orng ke,perogol bersiri ataupun perompak.x pun orng ni kejam sngt2 cam pembunuh adik nurin jazlin..ok pe klu kne belasah cani.ksi sedar ske.hmm..tp tu klu nk ikut hati dan perasaan marah la kpd penjahat2.tp klu la dia ni orng yg baek&x bersalah pastu dibelasah teruk2 x ke kesian.x pun kesalahan dia kecik sngt2..klu kne kt kluarga kita cane..so dlm hati sy skrng bercampur baur.klu la dia ni x bersalah ataupun hnye bwt kesalahan kecil,x ke kesian diperlakukan demikian..kesian sngt2 tau..tp klu la dia ni mmg penjahat sngt2 mmg pengajaran lakan tuk dia.biar perit..so 50-50..bg sy kte kne rujuk dlu ape kesalahan orng ni sblm kte setuju ataupun marah akan perlakuan polis2 tersebut.ni just pndpt sy..x semestinya betul..jngn mrh eh..huhu

BUJANG SUSAH said...

Betul tu syahbandar... maksudnya kat sini klau setakat baru dituduh rasuah RM2000, pastu kena belasah mcm ni siap kena campak dari atas bangunan memang x patut.. klau setakat tamakkan duit komisyen kapal selam, sampai mati kena tembak siap kena bom dgn c4, memang x patut. Kalau setakat org pergi ceramah atau perhimpunan aman , tp kena belasah siap kena gas pemedih mata serta sembur dgn air kimia, memeng x patut. Tapi klau dia ni mmg penjenayah aku pun setuju apa yg polis ni buat. Bagus jugak polis ni buat mcm ni.. baru la takut sikit org nak buat jenayah berat. Klau nak ikutkan undeng2.. memang xder la nampaknya..

BUJANG SUSAH said...

Satu lagi syahbandar.. mintak tolong ambil perhatian, pun jika boleh diberi perhatian.. saya dah ziarah ke blog saudara.. satu masalah saya ni ialah connection yg lembab. Bila bukak blog saudara yg ada pasang window roaming tu connection terus jer blow.. minta jangan guna la WR tu. Kalau boleh laa.. klau x boleh pun xper.. wassalam.

pecinta_Islam said...

haha..dh buang dh..tuk kebaikkan bersama.sori eh
:)

Anonymous said...

betul la encik bujang.. klau pegi ceramah pun kena belasah siap kena ISA, kan ke lagi zalim namanya tu... kalau merompak atau membunuh xper jugak kena mcm ni..