Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, August 5, 2009

SIAPA SAUDARA KAMU?

Bismillahirahmannirahim..

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya." Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari Muslim]


“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10


*
Di dalam kubur nanti, kita akan ditanya soalan, siapakah saudara kamu ?

Jawapannya ialah semua orang Islam saudara ku.

Tetapi, berjayakah kita menjawabnya, hanya Allah yang dapat membantu.

Sebagai usaha, setiap kali terlihat orang Islam, latih hati supaya berkata, "dia saudara ku".


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 8/04/2009 10:58:00 AM


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

7 comments:

ZOOL@TOD said...

Sesuatu yang sering kita terlupa atau buat-buat lupa.

Disebabkan berbeza fahaman politik, berbeza bangsa/ keturunan, berbeza mazhab, berbeza pendapat dan pelbagai lagi perbezaan kita menghindar atau lebih teruk menidakkan keislaman saudara kita.

Kita lupa bahawasanya kita masih berpegang kepada kalimah yang sama.

"LA ILA HAILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH"

Terima kasih kerana mengingatkan saya.

°šYąňáĐyą° said...

good entry

BUJANG SUSAH said...

Betul tu cikgu zool.. Saya sendiri pun sebagai insan yg x lari dari kesilapan mungkin terkadang terlupa.. namun dalam sesuatu bab perlu kita tegaskan. Tegas disini bukan bermaksud tidak bertegur sapa. contohnya bab politik. Di sini perlu ada ketegasan. Memang menghormati sesama hamba Allah itu dituntut, namun dalam sesuatu hal yg salah x boleh kita kata betul hanya kerana dia itu saudara kita. Jangan kerana hanya cukup dgn solat mereka tetapi terang2 mereka menolak hukum2 Allah yg lain, kita anggap itu sudah pasti islam. Islam bukan kerana solat saja.. islam bukan boleh di ambil separuh2. islam bukan dari keturunan. islam itu luas dan sempurna. namun tidaklah saya menentukan si polan islam dan si polan bukan islam. kerana syurga neraka itu milik Allah. Contohnya org2 kafir sendiri, siapa yg tahu ada di antaranya di akhir hidupnya dia beriman sebelum ajalnya menjemput? Kita yg seperti beramal seumur hidup, siapa tahu dihujung kehidupan kita akan jadi yg sepertimana? Banyak ayat al-quran yg menerangkan hal2 sebegini. Itu semua kekuasaan Allah. Agar kita x termasuk dalam golongan orang2 yg rugi. wallahualam.

BUJANG SUSAH said...

syana dya.. terima kasih kerana meninggalkan komen di sini.

Anonymous said...

kerana dia saudaraku..walau jauh pon dia...dia tetap di hati.. kerana kita... Islam...Allah meniupkan ikatan dalam hati2 kita...hebatnya roh islam..itu..jika saudara kita disakiti..kita akan terasa sakit...apalagi tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada saudarannya...tidak pernah terlintas untuk 'muslim' itu menyakiti saudaranya yang lain...malah..sebagai muslim kita harus menyediakan tangan2 yang boleh menarik tangan saudara yang lain jika ia tersesat...masuk pada sesuatu yang tidak baik..maka capailah tangannya sebaik2 agar kita mampu membina ummah...ummah yang kuat dari segala segi...hatta jika kafir pon orang tu kita patut mengasihi dia selagi dia tak memerangi kita sebagai umat Islam dan Islam itu sendiri..sabda rasul..'jangan sakiti zimmi..sesungguhnya menyakitinya seumpama dia menyakiti ku'....doa pda zimmi mg2 hidayah Islam sampai padanya...sama2 mengingat..buat diri aku yang sentiasa lupa...

ummi adibah said...

salam, entah kenapa komen-komen tersebut seperti menendang kepada saya yang 'sesat' neh.HEHEHEHE.tapi statment en zool memang terbaik cool ah!walaupun kita berbeza pendapat adalah sangat tidak adil menidakkan keislaman manusia apatahlah mentuduh sesat sama ada secara sengaja mahupun tidak, sama ada sedar mahu pun tidak.betul kan en bujang?(sambil kenyit mata)yang menilai posisi 'keislaman kita' bukan kerja ALLAH SWT kah?HEHEHEHEHE.

dan tuan anon,
komen anda terasa seperti saya 'disayangi'.anda memang cool ah.terbaikk!islam memang terbaikkkkk!!!

BUJANG SUSAH said...

Terima kasih buat cik umi kerana meninggalkan komen anda.. Terserah bagaimana untuk anda fahami. Allah maha melihat, Allah maha mengetahui. wallahualam.

Terima kasih Saudara tanpa nama kerana sudi meninggalkan komen anda.

Wassalam.