KUANTAN [9.15 am] - Malam semalam satu kemalangan telah berlaku di atas Jambatan Balok dekat sini. Kemalangan adalah perkara biasa, namun sekiranya "sikap kurang ajar" pemandu lain menyebabkan kemalangan yang membawa maut, maka ia adalah satu penganiayaan sebenarnya. Inilah yang berlaku dalam kemalangan seawal kam 1.30 pagi semalam. Ia melibatkan sebuah kenderaan Proton Wira (CBB2221) dengan sebuah kereta sport mewah dua pintu (WXX9999). Menurut sumber kereta mewah itu dipercayai dipandu oleh seorang anak anggota polis di Kemaman atau mungkin juga orang kuat UMNO Kemaman. Difahamkan kereta sport mewah itu telah remuk dalam kemalangan tersebut, walau bagaimana pun kesemua penumpang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun, pemandu kereta Proton Wira telah mengalami kecederaan parah dan mungkin kritikal. Krew kami yang berada dilokasi melaporkan bahawa mereka begitu kecewa melihat gelagat kesemua pemandu dan penumpang kereta mewah terbabit yang kelihatan boleh tersenyum dan bergurau senda biarpun telah berhadapan dengan kemalangan. Malah, tidak timbul langsung perasaan kesal dan cuba untuk membantu pemandu kereta Proton Wira yang mengalaman kecederaan itu. Malah mereka juga mungkin merasa tidak bersalah kerana memandu kereta mewah, walhal saksi yang melihat kejadian itu jelas menyatakan bahawa kereta mewah tersebut telah memotong di atas jambatan berkenaan. Ini bermakna, pemandu kereta mewah terbabit harus bertanggungjawab di atas segala apa yang telah terjadi itu.
[Justeru itu adalah diharapkan agar pihak polis tidak menutup kes ini biarpun mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu nanti. Malah ada saksi yang secara jelas melihat kejadian itu menyatakan memang kesalahan terletak kepada kereta mewah berkenaan. Ini bermakna mereka harus didakwa dan dibawa ke muka keadilan. Kita tidak mahu, gara-gara mereka adalah anak polis dan orang kuat UMNO maka mereka boleh terlepas daripada sebarang hukuman yang sewajarnya. Ini sering berlaku dimana-mana sebenarnya. Dek kerana anak "orang kuat" atau "pegawai polis" maka banyak kes jenayah dilepaskan, walhal ramai juga anak-anak mereka yang terlibat dengan kes jenayah di seluruh negara. Integriti pihak polis dan mahkamah perlu diperbetulkan bagi mengubah persepsi orang ramai].
(cf - PDO)

5 comments:
Biasa la tu.... kan UMNO/BN dan polis paling berkuasa sekarang ini. Siapa berani lawan, nanti masuk ISA. UMNO/BN mana pernah buat salah. Kalau betul2 salah pun dianggap betul punya. Bukan macam PR, yang betul pun dianggap salah. Polis pulak hanya tau TANGKAP, TANGKAP, TANGKAP dan TANGKAP. Ini lah dia 1 Malaysia.... Malaysia boleh... UMNO/BN boleh... polis lagi boleh...
1 lagi... 1 malaysia boleh blah... hehehe...
"kalau cara anak anggota polis di Kemaman "atau mungkin juga" orang kuat UMNO Kemaman."
Saya nak tegur cara penulisan BUJANG SUSAH, nampak akan sentiasa susah lah, kalau setakat nak buat andaian semata mata ini boleh lah di katakan seperti mengfitnah bro, so kamu tahu lah dalam islam ni kalau kerja buat fitnah semata mata. ayat "atau mungkn juga" adalah satu pekara yang tak tepat, mcm ni lah mentalati korang semua, mentalati yang tidak sehat bro, biar telus lah kan, lagi pun apa pun yang berlaku kehendak Allah pada hambanya, setiap musibah ada hikmahNya.....
hehehehe... susah senang pun ketentuan Allah kan... hehehhe
tuah manusia takde sapa yang tahu..
Post a Comment